Kisah I

 Dulu aku penah kongsi kat sini kisah seorang budak perempuan di kampung aku ni bernama Mek Ah, nama sebenar sangat la cantik dan tak perlu la aku reveal kat sini yer, tapi kalau yang lupa silalah scroll balik untuk baca kisah Mek Ah tu...Ok kali ni aku nak kongsi kisah seorang budak lelaki remaja pula. 

Ya, remaja ini adalah anak kejiranan aku. Kawan kepada anak anak aku jugak. Aku namakan dia I. I merupakan seorang budak lelaki yang pendiam. Tak sekali pun aku nampak dia melepak atau kaki rempit di kampung aku. Sentiasa dia di rumah. Rumah yang dihuni pun boleh aku katakan sangatlah sederhana dan kalau dilihat dari sudut yang sebenar memang mengundang keinsafan bagi yang benar benar memerhati. I murid sekolah Seri, dan setahun senior anak sulung aku. Jarang aku nampak dia tersenyum melainkan kalau bertembung dia akan menunduk saja. Boleh aku katakan dia seorang remaja yang Allah kurniakan rupa paras yang elok, berkulit putih dan tinggi lampai. So you guys boleh bayangkan. Anak anak lelaki aku sangat senang bergaul dengan I dan dia jarang datang ke rumah aku kecuali untuk menghantar juadah neneknya ataupun nak bermain Lego dengan anak anak aku. Lain dari tujuan itu memang susahla nak nampak I.  

Tahun sudah bila anak aku menerima anugerah di sekolah, I jugak tidak terkecuali naik ke pentas menerima anugerah kecemerlangan. Ya I juga seorang murid cemerlang di sekolah!! Sangat cemerlang. Duduk pun di kelas hadapan. Memang bagus anak remaja pendiam ini. Untunglah maknya. Masuknya 2025 aku dikejutkan berita dari anak aku, I berhenti sekolah! Aku terkejut berok. I budak baik, budak cemerlang tetapi berhenti sekolah! Ok, aku tak la kenal sangat dengan maknya hanya bertukar senyuman dan kami adalah jiran yang baik di antara satu sama lain. Aku tidak bertanya tetapi hanya menerima berita demi berita melalui anak anak aku. I dah pun berhenti sekolah, di mana tahun ini dia sepatutnya akan menduduki SPM. Untuk pengetahuan semua, I tiada ayah dan mempunyai seorang ayah tiri yang merupakan seorang warga asing. Pernah aku dikejutkan di suatu petang apabila dia dimarahi dengan teruk oleh ayah tirinya kerana bawak adik baru keluar berjalan jalan sekitar kampung.  Berjalan sejauh 20 meter. Usai kisah petang itu, aku dikejutkan dengan berita dari anak anak aku yang I akan tinggalkan kampung dan hanya menunggu masa untuk memasuki tentera apabila usia nya mencecah 19 tahun nanti.

Sedihnya hati aku mengenangkan nasib I, hanya Allah saja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya dalam rumah tersebut hingga membuatkan anak seawal usia tu nak blah dari rumah dan memasuki alam ketenteraan. Memangla mulia hasrat I, tapi dia sepatutnya di bangku sekolah. Dia budak pandai. Tapi apakan daya aku hanya seorang jiran yang memerhati pelbagai sandiwara di sekeliling kejiranan aku. Aku hanya mampu berdoa semoga masa depan I akan lebih cerah dan sempurna dan keputusan yang di ambilnya itu tepat. Pergilah duhai anak,kalau itu yang terbaik buat mu. 

Sementara itu, I tetap rajin mengasuh adik kecilnya di atas troli baby di lorong kampung kami.....



Comments

Popular Posts