Alam yang semakin tenat

Hujung hujung tahun yang sangat dinantikan kehadirannya. Cuaca yang indah dan sejuk walaupun tidak menentu. Namun dalam aku sedang mengagumi alam, pelbagai kisah yang sedih terjadi dan tak henti henti terjadi. Memang aku tidak mempersoalkan apa yang Allah kehendaki atau takdirkan, namun aku tidak dapat menahan diri dari menahan sebak di dada. Mungkin kehancuran dunia semakin menghampiri dan ini adalah tanda tanda yang mulai menunjukkan dirinya. Setiap hari aku tak henti dari mengamati bait bait di dalam Quraan segala janji Allah yang terpahat indah di dalamnya dan memang rasa takut. 

Aku masih ingat kata kata seorang ustaz, dia berdoa semoga tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyaksikan acara qiamat secara live di depan muka. Waktu itu aku hanya terfikir, kalau Allah dah berkehendak akan sesuatu itu terjadi maka ia tetap akan terjadi melainkan kalau kita sungguh sungguh menolaknya dengan doa. Tak terbayang aku kalau aku tergolong di dalam golongan manusia yang menyaksikan datangnya gog dan magog Yakjuj Makjuj durjana tu. Dulu aku terbaca yang character orcs dalam Lord Of The Ring tu di inspirasi Tolkien dengan menatang ni lah. Sesungghnya tembok yang di bina DzhulQarnyn tu semakin bergegar kata nya. Ya Allah setiap saat aku berdoa agar aku tidak dipersaksikan dengan benda benda ni semua. Cukuplah aku tengok Lord Of The Ring dan membaca kisahnya pulak sampai aku lemau sebulan. Imaginasi aku memang suka jauh mengembara. Yang bukan bukan aku fikirkan. 

Hari ini aku asyik melihat awan. Cuba memahami bahasa alam. Tiba tiba aku melihat seekor helang yang gah melepak atas ranting pokok apa ntah yang jauh sayup tingginya. Hadirnya seekor helang ni membuatkan burung tekukur yang ralit menjamah cacing di lopak air jiran sebelah kalut melarikan diri. Cukup bunyi Helang tu, berterabur burung burung kecik di tanah ketakutan. Itulah dunia, yang kuat akan terus mencari mangsa yang lemah untuk santapannya. Cuaca mendung dan ketika blog ini di tulis hujan tengah lebat dan suasana dalam rumah aku gelap gelita dan aku hanya menggunakan cahaya dari tingkap di belakang aku ni. Indahnya cuaca sebegini. 


Nikmat Allah yang mana lagi nak kau dustakan???







Comments

Popular Posts