I just dont feel the cheer!
It has been a huge roller coaster of frustration, heartbreaking and anger for the last past 2 months. Dunia persekitaran semakin menuju ke arah kehancuran, Persekitaran bukan lagi seindah zaman dulu dulu di mana persekitaran aku di pandang mulia dan gah di mata dunia. Kini persekitaran hanyalah bahan lawak, kejian dan semakin di benci hanya kerana watak watak yang mentadbir. Jijik dan hancur semakin kuat merajai dunia medsos. Nak kata apa? selagi yang di atas adalah objek objek jijik, maka kemudaratan akan terus berleluasa. Memang mengecewakan. Hanya pada Yang Maha Kuasa tempat untuk diadukan segala kekecewaan.
August semakin menghampiri noktahnya. Aku rasa kosong dan kekuatan aku miliki sekarang semata mata pergantungan pada Allah, Kalaulah aku goyang dan leka, aku rasa perasaan yang lebih teruk akan terus menguasai minda dan judgement aku. Allah itu maha Kaya dan aku sangat bersyukur kerana dalam keadaan yang macam ni aku masih dapat berfikir dengan rasional dan cuba abaikan negativiti yang kekadang muncul tanpa diundang. Days that come and go rolled in same colors day by day. Kekadang aku hilang perkataan untuk aku lafazkan setiap pagi sebab rutin yang tersurat adalah begitu saja. Sebagai manusia biasa yang penuh cela, hati ini kadang kadang complain walaupun aku rasa tak patut begitu. Bila otak dah mula tepu aku bisikkan kata kata semangat pada hati untuk teruskan sabar.....


Comments