Sembang Buku
Lama aku tak menulis, bahan banyak cuma masa tak ada. Mengadap anak anak exam, melunaskan pelbagai tanggungjawab sana sini...dan menghabiskan pelbagai novel juga. Ada best ada jugak yang mengundang maki yang tiada berpenghujung. Kalau buku tu best memang kita tak mudah nak move on berhari hari dan tersenyum sendirian. Tambahan kalau kau ada 2,3 bookclub tapi yang berfungsi hanya satu yang lagi dua dah jadi kelab lawak dan kelab merapu. Nak share ke book club pun memang tak nampak hala tuju.
Walaubagaimana pun, setakat 2025 aku baru cecah 13 buku saja. Slow. Tidak dinafikan lagi. Liza Palmer tu dah dekat 100 kut bahan bacaaan dia setakat May. Oklah dia tak ada commitment macam aku yang beranak 3 ni. Ok aku tak nak membebel lama aku nak terus ke tujuan blog ni....terkini aku habiskan buku " RAHSIA PALING RAHSIA"
Macam mana aku nak ceritakan ya....Memang dasyat la penulis ni bukak cerita, untuk pengemar sejarah memang kalau disuakan genre begini memang melekat la jawabnya. Contohnya aku ni, yes History Fiction memang Im so into it. Cerita ni agak tak masuk akal tapi sangat menghiburkan. Penuh aksi dan watak watak yang diketengahkan memang membuatkan novel ini hidup dan kau susah nak letak. Percaya tak aku hadap satu chapter tu sampai hangit bawang aku dalam kuali! Hanya kerana berebutkan keris dan harta Sultan, pelbagai pihak bercakaran dan sanggup berbunuhan. Ada elemen silat diselitkan dengan dialog yang lawak keras perut!!! Memang aku senang senang letak 10*. Plot twist yang tak terjangkakan akal menjadi penutup cerita.
Dah setel buku ni, aku pun tanpa membuang masa lompat ke genre ringan ...dengan sebab aku nak rilekkan kepala setelah bertempur sakan dalam novel di atas tu. Aku pun pilih Novel di bawah ni sebagai halwa minda...Masa tengok kat library aku rasa teruja dengan intro tambah pulak rating kat GR yang hyped. Aku pun memulakan pembacaan aku dengan penuh semangat...makin lama aku baca aku perasan, karekter utama dalam novel ini seorang wanita yang bermulut celupar, 24jam nak pukul orang, tapi dia menutup aurat ala ala suci macam tu, tapi tetap bermulut longkang kasar dan memang gagal kalau nak dijadikan isteri. Tetapi, tetap menjadi rebutan di kampung walaupun mulut serupa longkang. Aku tak tau apa yang penulis nak ketengahkan dan apa niat dia sebenarnya. Yang menambahkan kepelikkan dan betapa merepeknya adalah, pompuan ni tetap menjadi buruan, gilaan dan pujaan lelaki lelaki.........wow, aku immediately turn off. Aku DNF. Alhamdulillah buku ini hanyalah pinjaman dari perpustakaan, kalaulah aku beli...dah tentu aku humbankan ke dalam mana mana tongsampah berhampiran. Impian aku nak rilek tak tercapai, malah membuat aku hangin satu badan.



Comments