CORONA VIRUS : MALAYSIA FINALLY LOCKED DOWN: Day 1

Corona Virus adalah bala petaka yang Allah turunkan sebagai wakeup call untuk seluruh manusia atas muka bumi ini. Bermula dari bulan Jan 2020 yang lalu dan merebak ke bulan March yang akhirnya memaksa kerajaan mengeluarkan tindakkan perintah mengawal pergerakkan berkuatkuasa 18 march hingga 31 March. What next after 31 tu adalah sesuatu yang amat takut untuk difikirkan. Sekolah yang telah pun bercuti selama seminggu ditambah lagi seminggu menjadikan cuti penggal pertama jadi 2 minggu. Anak-anak di rumah dan ini amat melegakan hati aku. Cuma segala pergerakkan terbatas ditambah pula tv kami yang kehilangan remote. Tv pun tak dapat berfungsi dengan sempurna. Aku dapat download beberapa cartoon untuk ditonton dalam USB. Khadijah pun aku cutikan dan duduk di rumah bersama abang abangnya.  Malam 16 March kerajaan pun umumkan lockdown akan bermula pada 18 Mar 2020.  Alhamdulillah, aku jugak bercuti hingga 31 Mar 2020
Tak ada arahan selanjutnya dari pejabat cuma kami diarahkan duduk di rumah dan tidak meronda ronda ataupun outstation. Tapi yang amat menyedihakan bila suami aku disuruh berkerja di dalam keadaan macam ni. Rasa nak report saja. Sakit hati sangat sangat. Tapi aku tengok Baba pun sangat happy nak kerja. Mungkin dia lebih tenang di pejabat dari duduk di rumah mengadap muka kami semua. Aku sabit tak nak bergaduh saja. 

Barangan rumah supply untuk beberapa bulan rasanya cukup. Baba beli dalam kadar yang cukup banyak sekali, dan aku dapat beli ayam 2 ekor. in sya allah cukup rasanya. Aku hanya mampu berdoa pada Allah semoga virus ini terhenti dan hilang sama sekali dari mukabumi Malaysia ini.  Aku cuba untuk isikan segala masa dengan anak anak. Memang la sangat menguji kesabaran bila berhadapan dengan anak anak yang kebosanan tapi pilihan apa yang aku ada selain dari hadap saja la! Alhamdulillah aku punya masa untuk tuitionkan 3 beradik ni dan habiskan trilogi Sunan ku yang terbantut masa ke Kuantan tempoh hari. Ya tak ada entry pulak pasai trip ke Kuantan. 

Ini ada hari hari yang mencabar. Kejiranan aku sepi. Kat luar aku tak tahu. Memang aku tak ada keinginan untuk bersiar siar even pun ke Giant. Yang paling sedih sekali, keadaan di kota Mekah dan Madinah yang sunyi dan hanya didatangi orang orang tempatan saja. Sayunya hati melihat pemandangan sebegitu. Masih terasa sejuknya Kaabah di tapak tangan aku ketika aku menyentuh dan menciumnya. Rindunya aku pada Kaabah dan Mekah dan Nabawi. Aku berdoa pada Allah agar aku dikembalikan lagi ke sana dalam keadaan sihat dan bertenaga untuk menjalani ibadah haji dan umrah. Ya Allah sayunya.  

Aktiviti Masjid jugak dah dihentikan hingga solat Jumaat pun dah digantikan dengan solat Zohor sehingga diberitahu kelak. Hanya azan masih yang mewarnai waktu waktu solat. Kalau ini pun dihentikan memang sah nak kiamat esok lusa.


Comments

Popular Posts