Locked Down Day 14

Sepatutnya hari ini adalah hari terakhir MCO tapi memandangkan ramai yang ketegag dan tak dengar cakap makan esok bersambung lagi MCO hingga ke 14 April depan. Lepas tu akan bersambung lagi memandangkan kes dah meningkat 2 ribu lebey dan ramai yang dah meninggal dunia. Aku sekeluarga masih berlindung  di dalam rumah dan hanya suami yang keluar mencari keperluan asas. Aku diburu rasa takut selagi dia belum balik rumah. Pelbagai perkara akan menyerang kepala aku dan membuat aku gusar dan hanya mampu berserah pada Allah yang maha Kuasa untuk menjaga dia buatku. Semalam aku mendengar ceramah ustaz Kazim while I was preparing late dinner. Tajuk dia, Sekarang semua orang takut. Memang terdiam aku dibuatnya. Betul kata Ustaz Kazim,

1. banyakkan bersedekah
2. Kena solat tetap solat walaupun tak khusyuk
3. maafkan orang no matter what
4. Ilmu itu jugak merupakan sedekah
5. Syahid

Esok bermula lagi 2 minggu tempoh berkurung. Daerah Petaling sudah jadi red zone.
Rasa macam tak nampak bila office akan bukak, bila anak anak akan kembali bersekolah. Ya Allah akhirkanlah wabak ini. Lindungilah kami semua Ya Allah.



Comments

Popular Posts