Episod Malang : Aku Tak nampak Longkang Tapi Longkang Nampak Aku!!
Accidentally terjun longkang adalah satu kisah yang sangat aku tak nak documented buat kenangan! Tapi aku rasa wajar jugak aku kongsikan kisah malang lagi menyiksakan ini buat kesedaran sivik kaum ibu di luar sana yang nak kurus tapi menempah tragedi di tengah jalan.
April 2026 merupakan saat paling tak akan aku lupa selagi aku hidup dan aku mohon pada Allah SWT agar aku dan zuriat keturunan aku tidak akan melalui peristiwa sebegini. Bagi aku ini adalah teguran Allah pada aku yang leka....supaya lebih dekat padaNya.
Pada 15 April Rabu 2026, seperti hari hari yang selalu aku lalui, aku dan suami macam biasa setelah selesai menguruskan anak, kami akan beriadah. Bukan berlari lari pun hanya briskwalk di satu kawasan taman perumahan yang berbukit berdekatan kampung aku. Hari yang biasa. Tak redup tak panas. Masih awal pagi. Aku memberi cadangan kepada suami untuk beriadah dulu. Selalunya dia lebih suka bersarapan dulu tapi pagi itu dia bersetuju dengan cadangan aku untuk briskwalk terlebih dahulu. Setelah parking kereta elok di bawah tempat redup kami warmup macam biasa di tepi padang besar. Aku tengok padang besar tu penuh dengan wajah wajah selalu yang ikut beriadah di situ. Kami berjaya melengkapi satu pusingan besar sekolah antarabangsa di situ dalam 20min bila aku mencadangkan untuk masuk ke padang besar pulak. Suami aku hanya mengangguk dan terus berjalan di hadapan aku.
Pace kami perlahan saja. Dia hanya 4 tapak di hadapan aku apabila aku secara tiba tiba terdorong ke hadapan, kerana kasut, mungkin aku terdorong seolah olah bagai di tolak dengan kasar, (wallahualam) aku terus tersungkur face down ke dalam longkang yang sangat dalam sedalam tubuh aku yang memiliki ketinggian 165cm ini. Segala-galanya terjadi begitu pantas dan aku dapat merasakan wajah aku menghentam dengan kuat pada sisi longkang yang of course diperbuat dari konkrit yang padat. Kepala aku berdesing dan di telinga tetiba jadi pekak weyyy, tak tipu...aku dengar bunyi pinggggggg yang kuat sangat. Waktu yang sama aku dapat merasakan tudung aku tercabut kasut hilang dan suara pak aji memanggil manggil, didalam hati aku masih kuat berzikir bismillah 5. Memohon perlindungan Allah agar aku tak patah riuk atau cedera yang berdarah darah. Dalam masa yang sama aku dapat mendengar suara suara asing yang mengeluarkan pelbagai teori tentang kemalangan aku ni.....pendekkan cerita, aku dapat bangun dan keluar dari parit dengan mudah, walaupun masa tu aku dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bahu aku. Bahu kanan jadi longgar dan rasa sakit mula menjalar ke seluruh badan masa tu.
Hari masih pagi so kami bergegas ke hospital. Malang sekali kena sidai di situ dengan seorang dr india yang bertatu seluruh lengan. Dia dr perempuan. Di waktu inilah aku merasakan sesuatu yang tidak kena bila aku angkat tangan....urat belikat ke atau urat sayap aku terpusing hingga aku menjerit dengan kuat sekali....masa tu aku dah tak peduli orang nak tengok atau gelak. Lantaklah yang aku alami ini lebih menyakitkan!!!!!!!!!!!!!!
Well the rest is history. Kena sidai di hospital berejam lamanya tanpa diagnosis yang sempurna oleh seorang dr yang betatu merupakan satu pengalaman baru yang sangat wow lagi menyakitkan hati buat aku.
kalau nak ikutkan aku yang masih ptsd hingga tarikh blog ini ditulis memang aku tak nak share kisah ini di sini, namun setelah aku berfikir dan menelek berhari hari lamanya aku mengambil keputusan..........why the hell not!



Comments