cuti cuti dan cuti!!!
cuti sekolah dah mula! 18 Feb to 19 March. Memang odd. Seumur hidup aku tak penah cuti macam ni sekali zaman anak cuti akhir penggal bermula pada awal tahun. Memang terasa pelik dan janggal. Tapi aku sebagai mak dan ayah mereka haruslah menerima apa saja yang kementerian dah tetapkan. memang poyo tapi apa boleh buat. Anak anak happy macam selalu. Pencapaian mereka pun biasa saja. Aku agak sedikit kecewa tapi dah Allah nak rezekikan setakat itu saja aku haru redha. Aku tak mengharap bulan dan bintang yang gemerlapan, cukuplah anak anak aku lengkap solat setiap waktu berjemaah dan tidak meninggalkan solat subuh. Itu adalah pencapaian yang paling aku banggakan. Dalam aku mengubat rasa sedikit kecewa ini aku dikejutkan dengan kejayaan si sulung naik ke kelas yang bagus. Dalam dok main main tu dia dalam diam belajar rupanya. Alhamdulillah aku bersyukur! Semoga si sulung akan terus istiqamah berubah dan memperbaiki taraf pembelajarannya.
cuti sekolah ini jugak melakar lagi satu sejarah bila buat pertama kalinya aku korbankan masa untuk berjalan jalan dengan mengisi masa sebulan ini dengan tuition buat anak anak aku petang pagi penuh setiap minggu. 2 core subject untuk mereka bertiga. Maafkan mama,mama rasa kita dah puas ronda Semenanjung Malaysia, dan kini kita duduk diam diam dalam pulau dan penuhi masa dengan mengenali Maths dan BM sedalam dalamnya! Hari yang lain kita lepak di perpustakaan yang kita sayangi ini. Nanti bila weekend mungkin kita habiskan di pantai, untuk healing healing. Other than that, memang kita study ok untuk persiapan naik kelas baru yang lebih chronic pelajarannya! Aku rasa puas hari. In Sya Allah aku dan baba dah cuba yang terbaik dan titipan doa segunung tinggi pada allah yang maha kuasa.
Happy Holiday everyone!!


Comments