Chloe Walsh & Satoshi Yagisawa- Jom Sembang Buku
Aku baru selesai membaca satu buku yang sangat cute, dan sudah semestinya dari Japanesse Lit yang sentiasa ada tempat di hati aku. Days at Morisaki Bookshop dari penulis Satoshi Yagisawa. Cerita dia mengisahkan seorang awek yang tak suka buku dan pakciknya yang mewarisi kedai buku secondhand dari ayahnya. Kedai buku turun temurun la katakan. Kisah ni berlatarkan satu tempat yang memang pun sarat dengan deretan kedai buku secondhand bernama Jimbocho. Ia terletak di dalam daerah Chiyoda, Tokyo.
Kau bayangkan, kisah hidup kau begitu tragis dengan episode frust bercinta, dan kau mencari ketenangan di kedai buku terpakai. Kau ubati hati yang luka dengan membaca buku buku, sedangkan pada mulanya kau bukanlah seorang ulat buku pun! Jeling buku pun tak nak tapi kau dah tak ada tempat dan pilihan lebih lebih lagi kau tinggalkan kerja yang bergaji lumayan semata mata dikecewakan oleh seorang lelaki tak guna! Ha inilah kisah comey si Tamakako dengan pakciknya Satoru. Penceritaan si penulis sangatlah santai, berlatarbelakangkan musiim sejuk, musim luruh dan suasana hujan di Jimbocho pada waktu malam. Kau bayangkan di musim luruh yang ditemani hujan kau keseorangan menikmati kopi panas di sebuah kedai kopi pada waktu malam.....Tak terbayangkan. Teringinnya hati nak ke situ !!! Buku ni aku senang senang bagi 10/10. Ada kecomelan yang tak dapat aku gambarkan di dalam kisah ni. Takako tidur di aras dua kedai ku ni di celahan buku buku yang puluhan tahun usianya. Aku tak dapat nak bayangkan keunikkan bilik Takako apabila dia kongsikan suasana biliknya itu.Tanpa berfikir panjang aku terus grab buku kedua, yang aku belum punya masa atau feel untuk membacanya lagi.
dan sekarang lets move on to one amazing series that left my jaw drop and im staring at the wall for solid 30mins.
The Boys Of Tommen series. Memang gila hype buku ni di kalangan booktokers dan aku pun terjebak dengan buku pertama : Binding 13- Kisah Johnny dan Shanon. Dah lama aku tak hook dengan buku matsalleh, setakat one time reading dah, aku akan letak tepi dan simpan kalau buku tu cantik. Tapi tidak buku ni. Aku hooked from first page till the end hingga aku stop dan repeat balik page page yang aku suka. Akhirnya buku tu hancur jadinya!! Ya lah aku beli pun hat reprint dan quality pun hauk. Kira buku ni setakat hari ni memang hancur aku kerjakan...akibat 2kali reading back to back. The books is about bullies dan broken families. for a very long time aku dah lama tak menitis air mata tapi aku kalah dengan buku ni, sekalah kalahnya. Pengorbanan seorang abang menjaga adik adik..kekuatan satu kisah cinta yang penuh air mata, dan kehancuran sebuah rumah tangga berpunca dari parents yang sangat toxicated. aku dah tamat kisah Johnny Kavnagh dan shannon lynch and im still cant move on.....


Comments