bahasa alam
July dah pun. Pejam celik pejam celik, dah pun tengah tahun. Blog Jun pun tak sempat aku publish, July pun sampai. Pelbagai cerita dah tunjuk rupa. Tak tau nak susun yang mana satu dalam lelah aku rela aku pasrah dan semestinya redha. Petang Ahad yang masih bersinar terik tanpa tanda cuaca nak sejuk. Dah berkali kali aku masuk mandi namun keadaan terik semakin hebat panasnya. Alam semakin marah dengan kelaku manusia yang penuh sengketa.
Namun begitu air laut sangat indah dan tiada jemu memandangnya. Indah sungguh ciptaan Allah aku bermonolog sendirian tatkala sekeluarga mencari kedamaian di pantai Tg Asam. Pantai yang tersorok dan masih terpelihara setakat ini. Air laut pasang hingga hijau permukaan laut namun tiada ombak ganas, sesekali awan mendung memayungi kami. Masa seakan terhenti dengan deru angin yang sangat nyaman. Memang tak dapat aku nak gambarkan dalam bahasa puitis tapi keindahan inilah yang aku rindukan setiap masa.
Selalunya kat sini penuh dengan siput bayam yang sebesar syiling 50sen, tapi mungkin sekarang bukan musimnya. Naik kebas jari mengorek pasir mencari tapi tiada rezeki. Aku pernah di sini suatu petang 2 tahun yang lalu....kami sekeluarga ralit mengorek siput tak sedar azan Maghrib sayup membelah senja. Masa tu entah kenapa, lagi dikorek pasir nya lagi banyak yang timbul. Hinggakan kupang sebesar tapak tangan pun ku angkut penuh dalam baldi. Masa tu takut pun dah tak rasa sedangkan air tengah pasang dan ombak mula mengganas.
Pada kali ini hanya duduk memerhati laut, merenung awan dan berendam sepuasnya bersama anak anak. Aku anak pulau aku dah biasa dengan air laut, rindu pada air laut umpama rindu pada masa lalu yang tak mungkin berulang lagi.





Comments