Ramadhan 12' 1446

Sejak masuknya Ramadhan aku tak berkesempatan langsung nak menulis. Bukan tak ada bahan, namun aku terhimpit dengan pelbagai kisah yang meruntun aku to a sudden halt. Mau tak nya, baru ja beberapa hari berpuasa, aku berhadapan dengan kehilangan salah seorang sepupu yang membesar dihadapan mata aku. Sedari dia baby, zaman kanak kanak hingga remaja dia memang rapat dengan aku sehinggalah aku berhijrah ke KL hubungan kami menjadi agak renggang. Namun saban tahun dia tak pernah lupa mengucapkan hepi besday untuk aku. Dari zaman Nokia 3310 hinggalah zaman Whatsapp. 

Permergiannya sudah aku duga akan terjadi dan ketika kali terakhir kami bersembang, aku sempat berkata padanya, bahawa apa saja ujian yang dia alami sekarang ada kerana ALLAH SWT sedang mengangkat darjatnya ke tahap yang lebih tinggi. Aku tahu senangnya mulut kita berbicara namun yang perit menanggung adalah dia. Setakat komen pumpang pumpang dan tak percaya boleh la, bising sana sini kata tipulah tak mungkin la, aku cuma harap yang banyak mulut tu tak diuji Allah seperti arwah. 

Buku arwah dah tutup, dan selamat dia disisi Allah Yang Maha Esa. Kita yang masih berbaki di sini kembali menjalani hidup seperti biasa. Entry di buku kita masih berjalan...penuhilah buku kita dengan asset yang bakal menempah tempat yang istimewa di sisi Allah bukan menempa kemurkaanNya... Banyakkanlah muhasabah diri. Janganlah terlalu mendongak ke langit kerana sehebat mana pun kau, tangan kau  tak mungkin mampu menggapai awan yang tinggi malah bumi yang kau pijak tak akan hancur dengan hentakkan kaki mu. Cukup time mereput jugak menjadi makanan cacing di dalam kubur. 

Comments

Popular Posts