antara buang masa dan hiburan???
Semalam aku hilang nilai perikemanusian apabila aku telah membuang masa yang sangat bernilai dengan menonton filem yang sepatutnya bagus dan seram. Filem itu tak lain dan tak bukan adalah Dont Look back, I Know Your Origines. Kalau masih tak tau tajuk ha translate ler sendiri. Kenapala dibuat filem yang sebegitu mengecewakan??? Aku memang high expection bila tengok filem tu muncul di skrin Netflix. Memang teruja yang amat. Starting saja memang dah cukup gempak, teringat masa aku tengok movie pertama dulu. Memang masa tu Malaysia belum dilambakkan dengan cerita cerita seram dan filem tu memang la berRaja di mata berSultan di hati ketika tu. Semua pakat kalut pi beratoq beli tiket di TGV KLCC. Aku pun one of the audience jugak masa tu, Apa taknya...walaupun lakonan si Piere kayu dan simen, namun dia berjaya la juga timbulkan vibe ala ala seram. Well itu filem pertama....namun apa yang terjadi untuk sekuel adalah jauh benar dari yang sepatutnya. Watak Khatijah Tan kaku dalam seram.
Watak Opah pun sepatutnya boleh di ketengahkan lagi tergantung macam tu saja. Takat jump scare, baca buku cerita pun aku rasa lebih on point seramnya! Lyn pulak dah besaq panjang dan tahniah buat Emma Maembong kerana facial expression dia memang bagus. Memang sampai la niat tu aku rasa. Niat dia nak seram tu menjadi walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, but I think she did her best melangkaui semua pelakon lain. Cat Farish pulak dah kenapa????????? kenapa kenapa kenapaaaaaa????? bab nurse dua orang tu jangan la cakap, kaku tak sampai toksah cakaplah ditambah pulak dengan skrip yang dilimitkan.
Banyak part yang sama dari filem asal diulang ulang. Oklah agak seram jugak bila Lin bawak mak dia turun pi muntah tu....seram la bila dia balik rumah keadaan koridor rumah yang sebegitu sebab aku sendiri pernah mengalaminya dulu. So dapat feel apa yang Lin rasa. Bab Dr Azim lagi satu yang aku rasa nak gelak sekuatnya. Dah la nursery tu private buleh pulak dia nak menghalang waris. Kejadahnya???? Scene di nursery tu kenapa malam ja??? siang tak perlu ka? Dah tu kelihatan sungguh creepy. Nurse pulak ada 2 orang untuk the whole building dan dr pun sekor tu saja la, dan so happen ex kepada si Lin. kenapa too much of coincidece. dan kenapa laaa ofis dr dekat foyer??? Foyerrrr!!! Dah macam receiptionist. Aku bukan niat nak pandang rendah atau mengutuk, tapi naskah sebegini, macam di buat dalam keadaan terpaksa atau desperate. Tak cukup budget pun tapi at least bagi logik la sket bhai. Yang mula mula tu dah elok susunannya. Opah meninggal, Khatijah tan tercegat sambey mengusha arwah mak dia di tempat mandi mayat tu, tak kan Mak uda bagi mak dia mandi sorang sorang yer...
Anyhow, im done pikior, dan tambah pening bila si Dharma jatuh dari langit macam Mr Bean cuma tak ada sportlight. Adakah selama ni dia di sorok bunian atau saka jawa tu yang sorok hanya tuan pengarah saja yang boleh bagitau.
Dari niat nak hiburkan hati dah jadi membuang masa


Comments