Book Review- Novelis Arab- Halal Love Stories : My Other Half
Pernah tak beli sebuah novel dengan penuh semangat, tapi akhirnya terkandas di tengah jalan sebab ceritanya terlalu membosankan? Itulah yang terjadi pada aku dengan novel yang hyped kat IG. Memang aku terpukau dengan gimik yang dibuat si SalmaReads tu.
Pada awalnya, aku tertarik dengan sinopsisnya yang nampak menjanjikan. Jalan cerita kedengaran menarik, watak-wataknya kelihatan ada potensi, dan aku mengharapkan sebuah pengalaman membaca yang mengasyikkan. Malangnya, selepas beberapa bab, aku mula rasa seperti sedang membaca skrip drama yang tak bergerak ke mana-mana. Rasa nak baling ke dalam tongsampah pun ya.
Kenapa Novel Ini Membosankan?
Pacing yang Perlahan – Aku boleh tahan kalau cerita perlahan tapi membina momentum. Malangnya, novel ini seakan berjalan di tempat, dengan terlalu banyak perincian yang tidak menambah apa-apa kepada jalan cerita.
Watak Anas yang Tidak Mengesankan – Watak Anas tidak cukup menarik untuk aku peduli tentang what could happen next. Dialog mereka juga terasa hambar dan kurang emosi. Membuatkan aku tertanya masih ada lagi ka amalan sebegini perfect di masyarakat yang terlalu terdedah dengan gaya hidup media sosial yang memualkan????
Plot yang Klise dan Tidak Mempunyai Daya Tarikan – Mungkin aku sudah banyak membaca genre yang sama, tetapi novel ini tidak memberi apa-apa yang segar atau luar biasa.
Trust me aku cuba bertahan dan memberi peluang, namun setelah beberapa cubaan, aku akhirnya mengalah. Ada banyak lagi buku lain yang menunggu untuk dibaca, jadi mengapa paksa diri untuk menghabiskan sesuatu yang tidak memberi kepuasan?
Buat pembaca yang mungkin lebih menghargai gaya penceritaan yang perlahan dan penuh deskripsi, mungkin novel ini sesuai untuk anda. Tetapi bagi aku ini adalah satu pengalaman membaca yang tidak akan aku ulang.
Dear bookworm i'm sure hampa pun pernah mengalami situasi yang sama—terbeli buku yang akhirnya tak mampu dihabiskan? Rasa dak nak bakaq buku tu ataupun menjerit mintak refund?????????????


Comments