Total Revamp

 

Setiap apa yang Allah jadikan, takdirkan, atas kita ni kan bukan saja saja. Ada sebab dan ada pengajaran, cuma kita ni kadang kala tak paham paham dan bila dapat tamparan with some strong indefinite circumstances barulah tebeliak biji mata! Masa tu baru lah kelam kabut....apa nak buat itulah namanya manusia...Tapi aku selalu teringkatkan peringatan Allah SWT dalam surah Baqarah ayat 286 :

 

Allah tidak membebani kita dengan aturan yang terlalu berat atau sulit. Intinya, Islam itu mudah dan tidak membuat hidup manusia jadi susah. Allah tahu kemampuan setiap manusia, makanya aturan aturan dalam Islam disesuaikan dengan kemampuan hambaNya.

 

Okey bukan aku nak meleber panjang panjang, meh sini nak stori, rumah aku ada 3 bilik saja, tapi disebabkan master bedroom luas, aku tarik anak dara aku untuk duduk dengan aku dan convert bilik dia menjadi store atau lebih dikenali sebagai bilik puaka. Segala mak nenek barang, suami aku main sumbat ja ke dalam tu, tapi bilik tu elok suami aku kerjakan. Cantik dan kemas malah kalau ditengok 2,3 kali dah macam muzeum kejadiannya. Bilik tu aku sentiasa biarkan terbuka dan kami tak pernah tutup. Disebabkan bilik tu hanya dipenuhi barang, sesekali aku rasa tak sedap hati bila terlalu lama di dalamnya. Now this is where the interesting part come....just a few days ago while I was about to get something dan aku main bukak pintu tanpa usha kiri kanan. Pintu tu di bukak kuat sebab aku nak cepat dan the door actually bounce back and its slammed shut right after. Aku yang terkejut ni auto terpusing ke belakang, nahhhh elok dok pandang aku, seekor ular tedung sela species tak penah hormat orang, sedang berdiri ala ala Heidi Klum dalam Vogue memandang ke arah aku. Masa seakan terhenti, aku terasa macam nak ketuk kepala dia dengan hammer yang pada masa tu ada ja dalam laci about a feet away from where I'm standing, tapi kekuatan vocal aku ternyata lebey dasat di kala itu sebab tanpa sel sel otak aku bersambung untuk tindakkan selanjutnya, suara aku dulu dah melolong call for help. Hahahahhaha padan muka sekelian umat dalam rumah aku yang sedang belek komik,melukis dan juga yang tengah tengok Liverpool dengan MU.

Segalanya terjadi begitu pantas sedar sedar aku dah pun di luar bilik dan hero hero aku tengah bergelut dengan Heidi Klum tak sedar diri tu. Mulanya nak panggey bomba tapi suami aku kata tak payah buat riuh, benda buleh katok buat apa panggey bomba, tak gitu??? Ok untuk yang tak tau apa tu katok, meh sini aku nak bagitau, katok tu ketuk laaaa, ketuk sampai hancur. Bersepai sepai. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Ternyata suami aku, yang dulu adalah seorang pakar senjata, pakar risikkan pakar kes kes berprofile tinggi adalah seorang yang berhati bunga bunga nan indah di taman astakaloka....dilepaskan bebas si Heidi Klum dasar tak sedar diri itu... Heidi Klum just waltz out from my house with a sneer on her face. Malah aku dinasihati jangan dicela si Heidi Klum kerana dia juga makhluk Allah....

Well Heidi Klum durjana, hang jangan buat pasai nak mai rumah aku lagi na,sila pergi jauh jauh dari sini. Kalau aku nampak hang saja dok cat walk depan rumah aku, kepala hang  akan bersepai dengan batang cangkul yang aku dah beli kat Leong Hardware!! 

Well pertemuan aku dengan Heidi Klum tidak terjadi dengan sia sia sebab akibat dari semua ini, bilik tengah tadi yang asal sebuah muzeum dah bertukar jadi bilik yang sempurna buat anak gadis ku. Kami bertungkus lumus team work sehabis tenaga untuk mengtongsampahkan segala maknenek yang tidak punya hala tujuan. Siti finally got a room to herself. 

 

Total revamp paid off and thanks to Heidi Klum yang tidak bermaruah tu, kalau tak pasai hang mai bertentang mata dengan aku, serasanya bilik tu kekal haunted entah sampai bila.

 

Comments

Popular Posts