WHEN THE BOOK ENDS....
Lelah aku belum selesai mabuk pun belum hilang, aku terpaksa kembali ke Penang menjijakkan kaki di daratan, kerana Sahmura ingin melepaskan layarnya sekali lagi membelah lautan Andaman menuju ke satu lagi pengembaraan yang entah apa pulak yang menanti. Aku lepaskan Nakhoda Atma dan Musang pergi dengan penuh tanda tanya dan berdoa semoga ada rezeki lagi untuk aku melompat naik ke atas Sahmura ataupun Mendam Berahi. Melati aku tengok cool saja melepaskan Atma pergi. Aku tak tau apa perempuan ni fikir. Dapat laki pun hanya menyiksa diri siang dan malam. Dah Atma datang memujuk dia pulak berubah fikiran. Fikiran dia masih terbelenggu dan dilengkari rasa rajuk yang tiada titik nokhtah. Agaknya itulah pemikiran orang dulu dulu kan. Wanita harus bersikap menerima takdir tanpa melawan dan redha saja akan nasibnya. Tapi dalam hati penuh sumpah seranah. Tengku Zahir dan Datuk Kunang Kunang pun dah selamat masuk ke alam baqa, 99.99% masaalah dah selesai. Tapi itulah, mungkin dah tersurat takdir Atma untuk kekal menjadi lanun hingga sampai tarikh henti yang hanya Allah saja yang tahu.
Well, itulah novel Mencari Mendam Berahi yang dah pun aku sudahkan dalam masa dekat 10 hari jugak. Dari muka surat pertama aku di suakan dengan aksi aksi yang tak terfikir dek akal dan terteka dek fikiran. Memang buku ini wow yang layak di beri 10 bintang. Penulis pandai mengheret pembaca ke zaman jatuhnya Melaka 1600 dan zaman kecelakaan Portugis merobek maruah orang Melayu di zaman Kesultanan Melayu. Memang ending dia sedih, sebab Melaka yang dgambarkan di dalam buku itu akhirnya dalam cengkaman Belanda pulak. Mendam Berahi yang hanya mitos tapi digambarkan ditemui oleh penulis.
Selesainya buku ini aku termenung hampir 20 minit merenung meja. Ini bukan cerita Pirate Of Caribbean ini bukan kisah Cutthroat Island di mana Geena Davis sebuk mencari harta karun....ini ada sejarah anak bangsa aku. Betapa runtuhnya kerajaan Melaka adalah kerana hasad dengki yang dah lama memakan jasad bangsa aku sendiri.....





Comments