Bookclub of the Century
Meh hari ni aku nak buat riuh sket...memang hati rasa merusuh, rasa shutdown rasa nak giveup yang meluap luap dan back to my own little nook without consulting anywho any where any concerns. Memang kesabaran aku di tahap paling rendah buat masa sekarang. Nak meluah pun hanya seorang saja yang faham.....tapi yang faham tu pun ada urusan dia sendiri....segan aku nak mengganggu dia.
Bukan semua orang mempunyai minat yang sama. Tak semua suka membaca, malah ada yang boleh muntah kalau terbau buku atau rasa nak terberak bila diajak masuk ke kedai buku. Mungkin acid reflux mereka mereka ni terlalu tinggi itu yang menghasilkan pelbagai tindakkan di luar kawalan setiap kali diajak ke kedai buku. Bagi manusia yang Booktrovert dunia mereka hanya buku. Mereka seolah olah hidup di dalam buku buku yang dibaca malah mereka sanggup menyembunyikan muka di sebalik buku dan mengelak untuk bertemu dengan orang. Dasyatnya pengaruh buku.
Sebab itulah tumbuhnya idea kelab buku untuk insan insan seperti ini...
Tujuan penubuhan kelab buku bukan sahaja untuk para ahli yang gila buku, minat membaca, hardcore bookhaul yang punya TBR listnya berjela jela...tetapi tujuannya adalah seperti yang aku maksudkan di bawah ni:-
INI ADALAH MATLAMAT ASAL ye kawan kawan
- Berkongsi hal buku, menerima pendapat/idea dan cadangan
- Pemilihan buku buku tanpa sifat prejudis minat ahli
- Mengadakan perbincangan yang menarik
- Melahirkan komuniti minat buku, hargai buku
- Menggali sesebuah buku itu dengan lebih mendalam
- Penemuan buku yang menarik, dan hebat
- Menguatkan kasih sayang dan minat terhadap buku
- Berkongsi, bertukar pendapat sesama ahli kelab
- Mendengar pendapat ahli tentang buku yang dibaca
- Berkongsi minat membaca secara sihat
- Menghormati buah fikiran, minat dan pandangan ahli dalam sesebuah buku yang dibaca




Comments