Book Haul & My TBR List

Seperti yang aku pernah cakap dulu, tahun 2024 ni aku nak rilek rilek ja baca buku and its not about quantity and its definitely about quality and full enjoyment. Aku tak buat entry kat GoodReads dah... malah aku gunakan GoodReads semata mata untuk book research. Sekarang aku dah tamatkan Japanesse & Korean lit cuma tinggal satu saja yang buat masa sekarang aku on hold- THERE IS NO SUCH THING AS AN EASY JOB -Buku yang bagi aku sedikit bosan, plot yang sama dan tidak berubah ubah. Akibatnya aku DNF buat seketika. Nanti bila mood ketimuran tu datang menjelma maybe aku akan sambung. 

Meh sini aku nak cerita tentang pesta book haul aku dan tbr list yang aku rasa semakin panjang dan setiap hari menyumpah aku. Semua ni gara-gara pengaruh influencer buku yang dasyat buat review di IG. Kebanyakkan mereka memang gila baca buku dan boleh hadam berpuluh buku dalam sebulan. Antara perbuatan yang aku rasa tak masuk akal. Tak berduniakah bookworm ni? Oklah depa pun bukan Islam memang tak solat tak apa , hanya duduk marathon buku non stop....pun begitu kerana mereka inilah aku gigih buat book research sana sini especially kat GoodReads dan book hunting lepas tu hingga tak henti buku menyuakan diri di tangga rumah aku right after the research. Suami aku dah menjeling tapi memang susah nak stop dek kerana buku buku yang menarik tu. Tapi setakat ni buku English memang aku tak beli original dah, aku nak sokong penulis tempatan sebanyaknya selagi aku mampu. Penulis tempatan tak kurang hebatnya dan speaking of which...............aku jumpa untuk kali yang pertamanya dalam hidup aku, history fiction tentang lanun di tanah Melayu. Kisah ini digarap dengan begitu sempurna! Penulis tu sangat la muda tapi cara penulisan memang macam orang lama...senang cerita tajuk buku tu adalah Mencari Mendam Berahi - Ilham Mazalan. Buku tu juga diselangseli dengan lukisan yang sangat sangat awesome, Kisah ini seolah olah meruntun kita untuk kembali ke zaman penjajahan Portugis di mana pelabuhan Melaka dah tukar jadi Fort Fortaleza. Memang celaka apa yang penjajah dah buat. Aku masih dalam perjalanan penuh adventure nak ke Bidor menaiki Shamura, kapal lanun yang diketuai oleh Nakhoda Atma @ Serigala Hitam. 

Melalut pulak aku dengan novel ni....memang penulis tempatan penuh kehebatannya yang tersendiri, tak dapat aku nafikan. Memang bederet buku buku tempatan yang tengah que menunggu untuk aku selak, dapat aku rasa yang buku buku tu tengah menyumpah aku yang sibuk buat research hingga lupakan depa yang bersusun atas rak buku aku ni. 

Setakat ini aku dah dapat habiskan 23 buah buku setakat October 2024.  Aku tak nampak perlunya aku kalut, sesungguhnya setiap buku itu perlu dibelai, diteliti dan dihayati untuk kepuasan yang maksima, baru la berbaloi membuang duit membeli. 

Comments

Popular Posts