Sembang kuih kuih

Aku bukanlah seorang peminat kuih kuih manis, kalau terjumpa ketika nak breakfast boleh lah aku rembat satu dua jenis namun untuk menjadi peminat tegar kuih kuih manis ini tidak lah. However, about a week ago abang Ngah balik sekolah dan dia kalut becerita tentang Kuih Lapis, keep on braging this that, sedap, lemak, selalu nak beli tapi habis, makcik kantin jual sikit saja, dan dia tak sempat dapat tapi dah habis...its been a days dia dok ulang cakap yang sama...Tentang Kuih Lapis. Kuih tradisional empat segi berlapis putih dan pink atau merah. Tersentak hati seorang ibu bila anak aku cakap aku tak penah buat kuih tu di rumah. Emm, memang la tak penah buat, sebab its not a main dessert dalam rumah ni after all. Never been request pun, cuma aku memang perasan setiap kali kami breakfast di gerai anak anak aku akan rembat 3,4 ketul. 

Well, aku pun request ayahnya untuk dapatkan aku bahan-bahannya dalam sepeket dua. Not later after that ayahnya balik dengan berpeket peket tepung beras tepung jagung, tepung gandum dan gula putih (which is aku dah lama tak beli tak simpan dalam rumah ni) Aku tak tau samada dia perli aku ka atau expect aku bukak gerai juai kuih talam pelbagai jenis. Aku malas nak tanya banyak dan terus google resepi dari blogger Che Nom. Sukatan cawan dan senang nak ingat. Alhamdulillah menjadi dengan begitu cantik sekali. Sukatan itu dapat aku hasilkan setinggi 8 layer seperti di bawah ni. Well actually ni bukan gambaq aku tapi aku cilok dari google sebab aku tak sempat ambik gambaq sebab anak anak dan suami dah terlalu teruja!!! So selesai lah acuan 8x8 aku di belasah sebelum malam menjelang. Anak anak tersenyum girang, in fact request lagi untuk hari berikutnya.

Esok hari nya...aku tak buat kuih lapis seperti yang anak anak request tetapi aku venture dengan Kuih Talam Gula Merah...kat Penang depa sebut Tepung Talam. Arwah mak aku cukup suka kuih ni. Dulu dulu masa pindah duduk perumahan kat depan rumah kami ada satu makcik tu selalu jual all kinds of talam, so this is one of her favs. Alhamdulillah aku cilok resepi Che Nom jugak, dan menjadi. Bagus la Che Nom ni, ikhlasnya dia berkongsi resepi malah semua nya menjadi , sedap pulak tu. Untuk silent reader blog aku cuba cubala jenguk youtube Che Nom, memang tidak menghampakan!!

Maka aku cuba buat dalam bekas kecil dulu takut anak anak tak berapa nak suka sebab bahagian atas tu kan masin berlemak. Tapi lain pulak yang jadi, kuih ni tersenarai dalam kegemaran anak anak dan jugak suami. Macam hari berikutnya kuih talam ni selesai sebelum maghrib menjelang. 

 Again.. aku tak ambik  gambaq. This picture doesn't do justice kat kuih yang aku buat. Hat aku buat warna putih tu seimbang dgn warna coklat gula merah tu. Memang tak susah nak buat kuih kuih tradisional kita ni. Bahan pun mudah nak cari. Dulu dulu tok nenek kita petang petang buat kuih asal ada tepung gula dan santan dah boleh jadi pelbagai kuih yang menarik. 

Projek aku yang selanjutnya ialah Bengkang Telur. Bengkang Telur ni ada kisah yang sangat nostalgia buat aku. Resepi ini kegemaran arwah mak aku. Setiap kali dia nak buat aku la tukang kukur kelapa, tukang ke kedai runcit membeli kelapa mesin untuk dijadikan santan pekat. Mak akan buat dalam bekas paling besar. Arwah bapak pun cukup suka. Mak tak pernah mengurangkan sukatan gula dan tahulah rasanya macam mana kan. Mak belajar buat bengkang ni dari arwah mak tirinya, arwah Mak Tok, orang Banjar asal Perak. Masya Allah rindu pulak kat arwah Mak Tok.....semoga Mak Tok aman di sisi PenciptaNya. 

In sya Allah kali ni kalau aku buat mesti aku akan letak gambar...........


Comments

aisarayuzumi said…
Gambaq jgn pakai gambaq google ok. sila pakai actual kejadian…kakakaka
Dustfinger said…
tu la tak dak nak amik dah semua gedik nak potongg

Popular Posts