Si Bangang dan Si Tongong Berbicara....
Menyebar, mendengar, mempercayai fitnah dah terlalu sinonim dengan masyarakat manusia atas muka bumi ni. Geng geng jin aku tak tau la pulak. Belum lagi terjun ke dunia jin atau tanya jin, fitnah terjadi dak di kalangan mereka. Sekarang ni yang aku tau, manusialah paling suka hobi terlaknat ni.
Fitnah adalah perkara yang tak betul diperkatakan dengan meluas semata mata nak menjahanamkan seseorang itu. Yang lebih perit bila si pendengar percaya bulat bulat tanpa sebarang usul periksa. Terus membuat pelbagai andaian dan tuduhan. Akibatnya tak yah cakaplah...hubungan persahabatan, persaudaraan musnah begitu sahaja. Yang paling menyakitkan hati tiba tiba si mangsa menerima 'silent treatment' dari orang sekeliling tanpa mengetahui sebab musabab. Si dungu yang mendengar fitnah kemudiannya bersekongkol dengan si pencipta fitnah tanpa menyiasat terlebih dahulu dan terus mengambil langkah mempercayai cerita sebelah pihak tanpa usul periksa.
Memang kalau nak bergaduh nak bersemuka sangat senang sangat mudah dan cepat tambah pulak bila dihembus api kemarahan oleh setan laknatullah. Tapi kalau kita berkelakuan low class sebegitu kita telah merendahkan darjat kita serendah si penyebar fitnah itu. Memanglah sangat menyakitkan hati apabila saudara atau sahabat yang selama ini baik dengan kita tiba tiba mendiamkan diri atau lebih parah tarik muka masam setiap kali bertemu. Kita akan tertanya tanya, kecelakaan apakah yang telah aku lakukan sehingga si mangkuk ayun ni membisu bagaikan israel tertelan kapur barus???sekor lagi pulak tetiba cakap pun macam naga tak buleh berak. Apa yang aku dah buat padahal jumpa pun tak.
Blog ini ditulis bukan untuk membebel tapi ingin aku tegaskan bahawa sikap menyebarkan fitnah ini sangatlah celaka dan manusia seperti ini hanya layak mendapat balasan yang dasyat dari allah Taala, dan kalau tidak kerana sifat insaniah yang masih menebal dalam jiwa, memang tidak akan aku maafkan manusia itu. Oh!! Itu tentang si pembuat fitnah malah kata kata ini aku dedicate kan sekali untuk si bangang yang terus terus menerima mendengar segala tohmahan dan fitnah itu tanpa usul periksa.
Rumusannya ingin aku perkatakan, kepuasan apakah yang dapat dihasilkan dari perbuatan tak bermaruah ini? Tenang fikiran, jiwa aman, puas hati ?? Target tercapai kah? Boleh join azazil dalam neraka saqar la nanti. Howyehhhh.....




Comments