KEMAAFAN
Kemaafan adalah dendam yang terindah....Banyak maksud yang tersirat disebalik ayat ini. Namun, memaafkan tanpa mengungkit adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan walaupun itu yang sebaiknya. Hati yang luka akibat perasaan yang dilukai akan meninggalkan kesan yang sangat dalam dan traumatik bagi seseorang itu. Baik dengan perbuatan dan juga kata kata, ia bisa membuatkan kita amat sukar untuk memaafkan seseorang. Itulah manusia....manusia yang penuh dengan inperfection. Kadang kadang dimulut kita mudah menuturkan kemaafan namun jauh di sudut hati tersimpan dendam dan lara yang sukar untuk menghasilkan keikhlasan dalam memberi kemaafan.
Bagi aku, aku di dalam fasa sudah tidak kisah lagi....aku tetap memaafkan segala kesalahan orang terhadap aku. Aku tidak sempurna, malah aku juga menageh kemaafan dari mereka mereka yang pernah aku lukakan dahulu. Aku tidak mahu hidup dalam relung masa lampau. Sekiranya aku terus hidup dalam dimensi masa lalu aku tidak akan mampu melangkah ke hadapan. Aku akan hidup dengan penuh dendam dan jauh dari bahagia. Aku berhak bahagia, aku berhak mencipta bahagia aku sendiri.
Kita bila beralih umur, kita nak tenang. Kita tak nak pening pening kepala. Kita nak hidup dalam small circle, kalau tak ada circle pun alhamdulillah. Kurang drama kurang pening dan jauh dari sengketa kalau boleh. Biarlah dilupakan sekali pun namun demi kebahagiaan aku sanggup. Aku tak ada masa untuk berdendam dan kedekut memaafkan orang. Aku belajar banyak dari segala yang tersurat buat aku, membuatkan aku serik dan akan lebih menjauhkan diri dari golongan yang membuang masa malah menghakis segala pahala aku. Ini adalah harga yang harus aku bayar kerana mendekati insan insan yang tidak perlu wujud dalam hidup aku.
Namun aku tetap memaafkan mereka semua, jauhilah diri aku dan jangan datang lagi. Aku tidak perlukan kehadiran mereka dalam hidup aku....in Sya Allah.



Comments