Eid Adha 2024

 Eid Adha dah pun berlalu. Meriah. Meriah bagi aku. Apa yang aku masak turut selesai dengan meriah. Alhamdulillah syukur pada Allah. Di sebalik kemeriahan terselit tragedi yang Allah telah takdirkan untuk berlaku. Aku hanya mampu menjadi pemerhati. Tidak lagi mampu menyumbang kata kata nasihat atau memberi kata pendapat. Hanya boleh mengirimkan doa dari kejauhan semoga kekal dalam hidayah Allah dan tidak bertindak bodoh di usia senja begitu. Setiap tindakkan gila yang dilakukan berlandaskan nasfu serakah dan amarah yang tidak pernah padam dalam hidupmu. Dendam sentiasa menyala, iri hati hasad dan busuk perut menjadi amalan sejati. Menghampirkan diri dengan jalan penyelesaian yang menambahkan lagi kerosakkan diri adalah pilihan mu yang paling bijak kononya. Tapi Alhamdulillah aku tidak lagi rasa bimbang atau hilang tidur malam atas segala tindak tanduk mu. Engkau sudah tua, sudah matang malah sudah terlalu pandai untuk dinasihati oleh sesiapa saja. Engkau bebas menentukan apa yang salah apa yang betul (selalunya hanya engkau saja yang betul dan orang sekeliling salah belaka)

Tidak akan pernah mudah sekiranya pertengkaran, perbincangan  maupun berkomunikasi secara baik berlaku apabila melibatkan engkau, ianya akan berakhir dengan penuh sakit hati lalu beralah saja Kini engkau sendirian. Mengemudi hidupmu tanpa sebarang nasihat atau buah fikiran orang lain. Itu adalah satu ketenangan dan kebahagian yang tidak dapat aku gambarkan nilainya.


Tali ini engkau yang putuskan, engkau yang hancurkan dan ianya pilihan mulut mu sendiri. Aku berdoa biarlah ini berkekalan hingga akhir hayat. In sya Allah.

Selamat Hari Raya Eid Adha.....semoga pengorbanan kita ada nilai di sisi Allah.

Comments

Popular Posts