Tukar Angin
Tetiba terjebak dengan Korea dan Japannese literature secara tidak sengaja. Tak fikir panjang terus aku beli dan aku dapati ianya sangat kena dengan jiwa aku. Aku tidak silap kali ini. Aku baru saja selesai baca buku Anwar Darwisy dan aku jujur mengatakan aku harus berhenti sekejap genre seram misteri dan thriller ini. Masa untuk santai. Masa untuk memberi jiwa aku rehat. Berehat dengan buku buku yang tak memerlukan aku berfikir banyak dan berat....dan buku yang sesuai di saat begini adalah seperti di bawah ini ........
Aku hilang dalam penceritaan novel ini. Aku seolah olah membaca kisah hidup aku sewaktu hidup sorang diri suatu waktu dulu. Yang membezakan Yeongju memiliki sebuah kedai buku manakala aku hanya seorang kerani yang mencari rezeki di sebuah kota besar seorang diri meniti hari yang sibuk setiap hari dan kesunyian apabila malam menjelma. Tetapi kesunyian itu adalah yang terindah buat aku pada masa itu. Aku mengenali siapa diri aku, belajar dengan segala kesilapan hidup dan cuba menukarkan kesilapan itu ke sesuatu yang boleh dipelajari dan tidak lagi mengulanginya....aku memang rekomen buku ini untuk semua single di luar sana yang menjadikan buku sebagai teman paling setia, teman yang menemani kita didalam tren, menyembunyikan muka di sebalik buku dan tidak mahu di kenali sesiapa pun malah dunia buku itu adalah dunia yang penuh kejujuran. Terus terang kisah ini comelCinta aku belum berakhir tetiba aku beralih pulak kepada sesuatu yang lebih pelangi warnya :
Tadi buku ini sampai. Segar dan panas dari Bookalicious. Tengok pada tajuk pun aku dah rasa seolah olah buku ini ditulis untuk orang orang yang memenuhi masa di perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang terbaik untuk mencari jawapan, yang melakarkan perlbagai persoalan. Di sini kita cuba menajamkan fikiran dan cuba mencari ilmu yang kita perlukan.... in sya Allah. Dari review yang aku jenguk rata rata tanpa sangsi melontarkan 5 bintang untuk buku ni dan tak ada satu pun komen negatif atau syok sendiri berkenaan jalan cerita yang penulis tonjolkan. Buku ni tak la tebal mana pun, ringan dan cover yang sangat cantik. Terjemahan oleh Allison Watts yang sangat santai tanpa jargon yang memeningkan kepala hingga terpaksa cari kamus. Aku sangat teruja nak membaca dan aku akan capai sebaik saja aku selesai perjalanan aku dengan Yeongju.
Tadi buku ini sampai. Segar dan panas dari Bookalicious. Tengok pada tajuk pun aku dah rasa seolah olah buku ini ditulis untuk orang orang yang memenuhi masa di perpustakaan dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang terbaik untuk mencari jawapan, yang melakarkan perlbagai persoalan. Di sini kita cuba menajamkan fikiran dan cuba mencari ilmu yang kita perlukan.... in sya Allah. Dari review yang aku jenguk rata rata tanpa sangsi melontarkan 5 bintang untuk buku ni dan tak ada satu pun komen negatif atau syok sendiri berkenaan jalan cerita yang penulis tonjolkan. Buku ni tak la tebal mana pun, ringan dan cover yang sangat cantik. Terjemahan oleh Allison Watts yang sangat santai tanpa jargon yang memeningkan kepala hingga terpaksa cari kamus. Aku sangat teruja nak membaca dan aku akan capai sebaik saja aku selesai perjalanan aku dengan Yeongju.Dalam aku leka membaca review orangs tentang buku di atas, tetiba fyp di Tiktok tentang penulis tempatan yang venture dengan trilogy fantasi ala ala Malaysia iaitu Nadiah Zakaria. Something yang sangat luarbiasa hingga aku baca kat Good Reads pun boleh tahan komen dari para pembaca...
Antara buku buku beliau adalah :
1. Bane of Widuri
2. Revenge In Violent Hues
Oklah why not, support local author...dengan sekelip mata aku terus borong kat shopee. Nak turun ke KL untuk PBAKL memang tak mungkin la, walaupun hati terpanggil panggil untuk ke sana. Bagi aku tandatangan penulis tidak penting, kecuali kalau ianya dari penulis kesayangan aku - Maria Kajiwa atau Tuan Ram. Ini worth kalau nak ke sana pun. Bukan aku nak komen yang lain tak cukup bagus, cuma sayang aku pada dua penulis ni tak boleh bawak bincang.
Ok cukup buat kali ini tentang buku, kalau nak bicara tentang buku memang akan jadi panjang entry kali ini sedangkan waktu dah merangkak dinihari, aku tegar di meja mengeluarkan isi hati tentang buku di dalam blog ni.
Till next chapter....



Comments