Book Review : Jejawi Tua - Rosli M Sah
Oh Boy! Sesetengah buku yang kita baca kadang kadang ibarat seorang kawan baik, berat
untuk berpisah setelah kita bersama sama dengannya in certain amount of time. Setiap helaian yang diselak, setiap baris tulisan yang dicetak ibarat bercakap, berhubung dengan kita secara fizikal dan jugak rohani. Tak banyak buku yang mampu meninggalkan kesan sebegini pada aku....dan Jejawi Tuan adalah satu dalam ribuan buku yang telah aku baca, berjaya membuat aku berfikir berhari hari.
Aku tak tahu kewujudan novel ni until satu hari tu aku 'jalan jalan' di Good Reads dan terselisih dengannya. Memang terkejut sebab sejak aku tamat baca buku Kampung Hilang dari penulis yang sama yearss ago, aku tak venture pulak untuk buku dia yang lain. Even last few weeks aku terserempak dengan novel masyarakatnya bertajuk Aku Bukan Anak Pontianak di rak paling bawah perpustakaan daerah kampung aku! Ha dengaq tajuk mesti gabra kan. Mesti dalam kepala hotak dok terbayang ponti terbang sana langsuir menyanyi sini...hehehe actually ia berkenaan dengan kisah seorang anak yatim ...malangnya aku tak akan review buku tu hari ini....even aku dah baca. Kita pause kejap ok. Now... meh sini aku nak cerita pasai Jejawi Tua. Aku ringkaskan sebagai JT. Gambar depan tu aku terpaksa tutup dengan sticker sebab terlalu mengganggu .....
Aku memburu buku ni ke hulu hilir malangnya sudah tidak di cetak lagi, tapi ternyata rezeki aku ada di Shopee. Tapi dah jadi buku preloved and someone kat situ merelakan ia pergi dengan harga RM15. Aku cepat cepat placed order dan 2 hari selepas itu JT pun sampai. Kalau dah preloved kan aku pun tak expect apa pun janji kulit buku dan mukasurat semua securely intact dan boleh dibaca dengan sempurna walaupun keadaan buku nampak macam dah terendam dalam air banjir!!! Pages melekat lekat!!
Aku start baca sebaik tamatnya buku Tok Alang dari Mohd Faizullizam. Tu lagi satu buku yag sangat menarik untuk aku review...tapi nanti nantilah yer. Berbalik kepada JT....well dari muka muka surat pertama aku dah cukup berdebar dan level seram dia meningkat bertingkat tingkat. Sukar untuk letak tepi tapi aku terpaksa kerana mak mak macam aku ni kalau melekat dengan buku jawabnya tak berasapla dapur tu. Kebulur la anak laki,dan kemungkinan besar buku aku akan dibakar plak nanti!!!
So letak bukak letak bukak sedar tak sedar 4 hari kemudian, selesai buku yang setebal 494 muka surat tu aku telaah. Tergamam tersentak, terkujat dan segala ter.....seram sejuk semua lengkap.
Buku ini mengenai sepohon pokok Jejawi yang dah beratus tahun hidup di simpang sebuah kampung. Orang orang kampung yang tipis ugama telah banyak melakukan perbuatan syirik kat pokok tu, hingga jin yang bergentayangan kat situ memperbodoh bodoh kan sekor sekor orang kampung dengan pelbagai penipuan dengan membuat perjanjian. Cerita ditulis dengan penuh teliti, gaya bahasa yang sangat textbook dan suasana yang digambarkan begitu hidup seolah olah aku ada di dalam kampung itu.
Ada satu watak ni dalam buku tu bernama Rohani, watak ni pada mulanya normal tapi ditamatkan dengan penuh tandatanya. Kat situ amat mengecewakan. Hero sebenar dalam buku tu sangat tidak diduga sama sekali. Seorang anak yatim yang pura pura cacat agar tidak menjadi punching bag orang orang kampung yang sah sah tak dak kerja melainkan nak membuli Angah Soyah. Angah Soyah tu anak yatim tu la.
Novel ni memang kena dengan jiwa aku tapi malangnya disebalik kisah yang ditulis dengan penuh perfection ada jugak kekecewaan yang membaluti jalan penceritaan novel ini. Penulis tamatkan cerita dengan terburu buru, banyak watak tergantung dan dimatikan begitu saja tanpa penjelasan. Tetiba Angah Soyah setel semua masaalah macam professor Dumbledoor.
Keseluruhan aku boleh bagi 9/10. Entah kenapa, mungkin sebab aku suka Angah Soyah....kekekekkekekekek
Ok readers till next episode, aku nak tidoq.




Comments