Bila nak raya

 Setiap kali nak raya dari dulu lagi aku la orang yang akan ke depan membantu mak di dapur walaupun akan di leteri dengan pelbagai kata kata namun aku hanya mengambil sikap buat bodo, tapi kekadang tu menjawab jugak. Semua itu tinggal kenangan dan kini aku menjadi seorang ibu malah sekarang segala tugas dapur aku galas seorang diri dan hanya dibantu oleh anak dara ku yang masih kecil. Alhamdulillah dia ringan tulang untuk duduk di dapur dengan aku. Kenangan bersama arwah mak mengimbau kembali dari saat buat kuih raya hingga lah menemani mak membalut ketupat di malam raya. Kenangan yang tak akan aku lupa hingga bertemu mak semula di syurga kelak. In sya Allah. At least aku ada moment indah macam tu dengan mak, dan leteran mak itu berbaloi la jugak kerana semua resepi mak aku ingat sampai sekarang. 

Tadi aku bemandi peluh memasang curtain, Alhamdulillah suami aku orang yang minat dengan kerja kerja sebegini dan dia yang menyudahkan kerja tukar dan gantung curtain seluruh rumah! Syukur sangat!! Tugas tugas kami diiringi dengan cuaca yang sangat panas membahang hanya Allah yang tahu. Dalam rumah pun rasa macam tak ada bumbung. Langit di luar membiru dan seolah olah angin tak bergerak. Aku tak tahu seberapa lama cuaca panas ini akan berlangsung....hinggakan suami aku terpaksa lap muka dengan ais batu!!!

Tugas aku menimbun di dapur dan hari ni aku masak simple saja untuk juadah berbuka untuk 26 Ramadan 1445...

Tentang buku....aku slow slow...tapi aku capai jugak Carole Matthews- Happiness for Beginners....

Comments

Popular Posts