Ramadhan- 1445H

 Berpuasa tanpa suami sekali lagi. Sebagai seorang supermom, aku kena pasang 5 lagi tangan berkuasa kuda untuk mengurus anak anak aku. Memasak, mengemas, jadi driver anak anak (sehari aku kena buat 8 route di jalan raya) malam pula tuisyen, mengaji al quraan dan teraweh. Itu tidak termasuk menjadi polis kerja sekolah anak anak. Kalau tak chek memang tak buat lah. Ada saja alasan, tinggal buku di sekolah, lupa dan tak dak kerja sekolah (antara alasan alasan basi yang aku selalu terima)

Ujian bulan puasa ni lain macam sket. Kalau tak sabar memang la menempah markah kosong hanya dapat penat dan dahaga. Bersabar selagi boleh istiqamah kan istighfar di bibir dan redha dalam setiap saat. Dengan cuaca yang panas membahang tanpa hujan sampai kering sungai di kampung aku ni, menambahkan lagi rasa amarah walaupun cetusan itu kecil sahaja. Ada saja bisikan iblis suh meletup. Di media sosial pun tak kurang celakanya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Masya Allah kesabaran aku ni bertingkat tingkat dicucuk.

Itu tentang sabar. Ini tentang kekuatan. Alhamdulillah Allah masih rezekikan aku tenaga dan kekuatan untuk masuk keluar masuk rumah dalam cuaca yang panas membahang dan kering. Memang sampai terbakar kulit muka jadinya. Inilah pengorbanan seorang mama. Dalam masa  kereta pula buat hal di waktu sebegini. Di saat sebegini, yang jiwa perlukan adalah pegangan ugama yang kuat dan ingatan yang kuat pada Allah SWT. Segala nya dari Allah maka kita pulangkan segala fitrah kita kepada Allah jua. 

Comments

Popular Posts