Jom sembang buku 2024

Tahun ini aku tak set target, aku cuba nak enjoy the ride sambil membaca, dan aku nak santai santai membaca dan ulang ulang membaca ayat yang aku suka, ayat yang terkesan di hati dan ayat yang meninggalkan makna pada aku. Itu aku. Tahun sudah target aku tak sampai pun. hanya 321/500. Hanya kerana sifat aku pelik, kalau buku itu bagus aku sayang untuk habiskan kerana aku akan terasa kehilangan yang amat apabila aku tamat membaca buku tersebut. Rasa seolah olah berpisah dengan seorang rakan baik. Sebab itu buku Hilal Asyraff Nirnama tu aku tak habih lagi membaca, ya la tebal dah satu hal bestnya pulak berhal hal. Rasa payah sungguh nak baca bagi habis. Aku belum bersedia untuk bertemu penamatnya. Nak tunggu chapter 2 lambat lagi. Tadi pulak aku ke library. aku rembat lagi 3 buku yang aku kira sangat sempoi dan salah satunya adalah hasil sentuhan allahyarham Rosli M Sah. Sentuhan dia memang sempoi dan aku hairan macam mana aku boleh telepas karya dia hat ni. Yang lama tu Kampung Hilang pun aku masih tak boleh move on. Keseraman dan misteri tu aku bagi 9/10.Tapi Allah lebih menyayangi penulis ini, dia dah pun kembali ke sisi Allah taala beberapa tahun sudah. Aku hanya ada satu saja karya dia, dan aku sangat sayang buku Kampung Hilang ni. Tetiba aku jumpa pulak buku dia kat perpustakaan. Aku pun apa lagi tanpa membuang masa terus pinjam dan sehingga ke tarikh ini aku masih belum habiskan lagi bacaan Aku Bukan Anak Pontianak tu. 

Bagi aku setiap garis ayat yang ditulis itu penuh maksud penjelasan dan iktibar yang seolah olah kita hanya dapati apa bila bersembang dengan orang orang tua. Memang sempoi. Itu lah salah satu sebab kenapa aku tak sampai hati nak habiskan buku tersebut. Tahun ini berkemungkinan besar aku tak sampai target pembacaan aku kerana tabiaat aku seperti ini. Ulang satu ayat tu berulang ulang kali hingga aku puas.

Aku jugak masih menanti dengan debar kesinambungan buku Hilal Asyraf iaitu sequel si Nirnama tu. Jangkaan aku akan dapat buku fizikal dalam bulan 5 In Sya Allah. Aku adalah antara pembeli awal dan aku jugak akan dapat set komik Nirnama yang agak teba,. Bangga dan sangattt teruja. Aku cuba untuk tidak terlalu memikirnya kerana aku akan jadi tensen dan sangattt tak sabar.

Banyak sungguh projek buku untuk tahun ini dan aku akan laluinya dengan santai dan easy review dari masa ke semasa di sini dna kalau ada masa baru aku akan komen di Good Reads.

Comments

Popular Posts