Skool Holidey 10 Feb-10 March 2024- asam garam cuka pelbagai perisa!
Alhamdulillah dah pun bercuti. Dapat la para ibu macam aku ni berehat dari merempit di jalan raya dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah syukur. Tak banyak aktiviti tahun ini. Tapi Tuition tetap diteruskan oleh seorang pendidik yang sangat rajin tak mengenal eri rehat langsung. Beliau adalah cikgu Ina. Memang tabik spring kat cikgu Ina. Aku tak tau masa bila dia rehat dengan anak dia pun masih kecik kecik belaka dan dia menguruskan 4 subjek setiap hari untuk kanak kanak di kampung aku ini....
Febuari dah pun berjalan dengan rancak untuk tahun 2024 dan setakat hari ini sejak bulan December aku masih lagi berterusan mengawal pemakanan mengikut nasihat Doktor. Alhamdulillah walaupun melalui satu fasa yang perlahan tapi aku rasa ada progressnya. Janji nanti bulan April aku tak payah menghadapi bebelan dokter dokter yang menyesakkan dada. Aku cuba buat IF dan alhamdulillah setakat ini memang aku berjaya. Semoga dapat istiqamah. Memang banyak cabaran sebab anak anak yang sering bertanya awat aku tak makan, sampai bila nak makan macam kambing. Mana taknya...mak ibarat kambing yang meragut rumput. Hanya hijau saja dalam pinggan aku. Aku cuba jelaskan semoga mereka faham, yang mak depa ni obese dan perlu kurus untuk sihat. Terkebil kebil jugakla biji mata anak aku mendengar penjelasan aku yang panjang berjela.
ni nak sambung berletiaq..........Nasib seorang ibu, macam ni lah. Tadi urusan sekolah dah selesai. Merempit lah aku dengan abang Ngah menguruskan hal sekolahnya. Sistem yang dicipta untuk terus terus menyusahkan mak bapak. Sistem yang sesuai untuk sesetengah parents malah menyusahkan pada yang berbaki tu. Aku la tu. Bila tanya hal asrama, aku masih tak dapat jawapan yang dikehendaki tapi cikgu tu melalut merewang ke planet and left me hanging tersepuk dalam tanda tanya. Podahlah, aku bukan nak letak anak aku di situ pun, malah akan terus berusaha buat rayuan agar sama sekolah dengan abangnya.
Memang banyak benda yang terhenti sejak aku menjadi suri rumah...banyak sangat hingga rasa nak gelak terguling guling. Kalau aku nak listkan di sini rasanya sampai esok tak siap lagi list tu. Ya aku rindu zaman kerjaya aku, zaman masuk meeting keluar meeting, urus jadual boss, handle akaun yang ak balance hanya kerana aku shortage 0.50 sen, kengkawan yang macam lahanat baik depan celaka belakang, office politics yang tak pernah sunyi dan kesibukkan meredah jam di saat nak ambik anak balik sekolah....wah rindu sungguh. Sekarang aku dah sangkut racket. Tapi aku bukak chapter baru walaupun mukasuratnya tiada garisan tapi aku penuhi dengan warna pastel pelangi yang indah.


Comments