Bebelan Tahun Baru
Dah 7 hari 2024 tunjukkan muka. Entah apa pulak nak jadi dalam tahun ini. Debar rasa hati memikirkan perlbagai sangkaan manusia yang tengah viral di media. Malas nak percaya tapi sikit tak banyak benda macam tu terselit dalam fikiran. Zaman sudah semakin hampir pada titik noktahnya. Manusia semakin gila dalam tindakkan, tutur kata dan perilaku. Bila bukak saja media sosial penuh dengan perkara yang menyesakkan dada dan tinggalkan kesan pada kita yang melihatnya. Kekadang tak buleh nak terima dek akal dengan apa yang sedang hebat berlaku di sekeliling kita.
Itu mukadimah aku untuk entry yang pertama dalam tahun ini. Tak tau la nak bersarang lagi atau tidak blog aku yang dah berusia 7 tahun ni. Esok lusa anak anak akan menghadapi final exam. Hari ini, aku masak awal sebanyak banyaknya hingga penuh meja. Tersenyum lebar anak dan suami melihat ayam panggang, nasi putih, mash potatoes, sambal tumis udang dan ikan goreng terhidang seawal pukul 9 pagi. Memang kalau mai gila babi aku, tahap rajin akan melonjak ke 99%. Hasilnya anak dan laki akan makan tanpa henti sepanjang hari....So jadilah rajin dan gila seperti aku.
Sekarang jugak aku jadi peminat tegar seorang youtuber yang sempoi bernama Ossasuke Hikaru. Dia lebey dikenali dengan nama O.H. Kalau nak tau dia siapa dan apa dia buat silalah masuk ke YT, MukaBuku ataupun TT dan search Ossasuke Hikaru. Memang sempoi. Hampir setiap malam aku akan bertunggu mendengar live beliyau. Kalau aku terlepas esoknya aku akan cari VTT dia kat YT. Memang sangat menghiburkan bagi sapa yang minat kisah kisah paranormal ni.
Buku? ha.....Nirnama dah keluar Part 2 dan aku dah pun oder. In sya Allah bulan May akan sampai. Nirnama memang terbaik. Tahun sudah aku dapat habiskan 178/200 saja. Target tak sampai tapi aku puas dan enjoy dalam setiap buku yang aku baca. Ada sesetengah buku yang sengaja aku baca perlahan lahan kerana aku akan ulang membaca certain ayat itu berulang kali kerana cara susunan ayat itu terlalu simbolik dan meninggalkan kesan pada aku. Sebab itu agaknya aku tak boleh sampai target yang aku setkan.
Diet pulak....ya cuba untuk ke garisan penamat...in sya allah.


Comments