Drama Penutup 2023

 Sekolah pun dah nak bukak. Bukak ni nak mengadap pelbagai exam yang akan aku hadap bersama anak anak. Setiap hari sejak cuti pun aku dah bertukar jadi gorilla singa dan rimau bintang sebab nak haria anak anak aku bukak buku dan membuat ulang kaji. Seminggu yang awal aku manjakan mereka dengan chromebook masing masing dan aku bagi depa enjoy macam mentibang laut jumpa umpan. Dari awal pagi hingga ke tengah malam dengan chromebook memasing. Hingga aku pulak yang rindukan 3 beradik ni. Minggu itu dah pun berakhir dan sekarang ni di minggu terakhir cuti sekolah dan aku menjadi haiwan jadian when it comes to get them open the book and study!!

Tok Penghulu masih di Kuala Lumpur dan cekal berkerja bersama Arab. Aku pulak dihujani dengan sejuta drama petang petang yang diarahkan oleh kakak kakak aku. Drama yang penuh air mata kekecewaan dan episod tikam menikam tanpa darah. Ini adalah antara sebab musabab kenapa aku menjauhkan diri dari berada dekat dengan drama petang petang produksi tv ini.  Biarlah aku di sini jauh dari gelombang lautan Pacific dan gegaran bom di medan perang. Janganlah dikaitkan aku dengan kemelut jadian ciptaan kamu. 

Aku penat dan bahagia duduk berjauhan dari mereka. Tiada sekelumit kebaikkan pun yang akan terpalit sekiranya duduk berdekatan. Malah drama basi akan berulang ulang dan semakin menjadi ja di. 

Penutup 2023 tidak seperti yang aku harapkan. Penuh kesedihan penuh drama penuh perpisahan. Masing masing pertahankan ego, hingga silaturahim tergadai. Yang pasti aku tak nak masuk campur. Duduk berjauhan begini adalah satu benefits yang tak tergambar indahnya. 

Lagi beberapa jam, 2023 akan pergi buat selama lamanya. Pergi bersama dengan sejuta kisah dan cerita yang telah mewarnai tahun ini. Segala kisah sedih dan kisah indah turut ikut bersamanya. Yang tinggal hanya kenangan yang aku rasa tidak ingin aku kenang lagi. Aku bersyukur pada Allah yang maha Kaya terjadinya peristiwa yang banyak memberi aku wakeup call dan kesedaran. 

Semoga tahun 2024 tidaklah seburuk seperti yang di perkatakan. Segala yang akan tertulis dan tertakdir adalah urusan Allah juga....


tenang tenang sahaja...............




Comments

Popular Posts