Hujung Tahun Datang Lagi

 Kampung aku ni paling hujung dalam pulau ni. Melengkapi satu pusingan end to end. Boleh dikatakan penduduk di sini saling kenal mengenali. Sekarang musim hujan, kampung aku yang dikelilingi bukit bukit kelihatan berkabus dan sungguh syahdu sekali. Kami yang duduk di dalam rumah ini digigit kesejukkan hingga semua kipas dimatikan. Semua ini bukan satu fenomena luarbiasa hehheheh, benda macam ni cuma berlaku bila hujung tahun tiba. Suasana di sini dah selevel dengan situasi di Kundasang Sabah, cuma kampung aku tak dihiasi dengan gunung gunung yang menghasilkan salju di atasnya! Tapi cukuplah untuk sejuta ketenangan dan rasa nyaman yang tak dapat aku gambarkan. ...tetapi kalau musim kemarau...bahang dan berkuapnya sama ja di padang pasir!!!!

Hari ini hujan dari pagi. Lebat selebatnya sejak dari pukul 11 pagi, hinggakan masa aku balik tadi area pantai tidak kelihatan langsung kerana kabus yang tutup  pantai habis habisan! Nyaman Masya Allah. Syukur pada Allah yang maha kaya.



Comments

Popular Posts