Sunan is back
Aku tertunggu tunggu buku Sunan yang selanjutnya....akhirnya siap juga akhirnya sambung jugak kisah Laksamana kesayangan ramai yang tagline dia, "mahukah kau aku tawarkan sesuatu yang lebih baik? Wahh memang ternanti nanti sangat. Lebih lebih lagi aku berjaya pulun Trilogi Sunan sebanyak 8 buku, dalam lelah dan penuh adventure aku masuk ke alam Sunan dan jatuh cinta dengan pahlawan Tanah Rencong itu. So lepas kelab launch buku LS aku pun dengan penuh kegembiraa dan keterujaan tanpa berlengah terus place booking. Masa tu aku tengah taksub dengan Nirnama- Hilal Asyraf. Sampai ja Laksamana Sunan aku terus tinggalkan Nirnama dan fokuskan Sunan...........and this is what happen....
Baca punya baca punya baca.........aku lost. Apa punya kes ni tetiba sunan jadi jahat??? sunan jadi kalihamput. Membunuh tak tentu hala, bergaduh dengan Luna sampai bunuh kawan tu. Patah sayap Luna....bergaduh dengan Wali Sufi...its just not right. Minda aku tak boleh nak terima langsung, sebab aku dah terbiasa Sunan yang aku kenal bukan gila babi macam ni. Ya aku skeptikal dan bagi aku watak sunan dah terpesong jauh dan jadi macam makhluk yang Sunan selalu tibai dalam buku buku dia yang lalu. Memang aku kecewa. Mungkin RAM nak buat satu kelainan, tapi kelainan ini tak sampai pulak ke jiwa aku. Dah terbiasa sangat Sunan dengan watak warak dan baik malah zuhud...hingga aku lupa dia juga manusia biasa. Dalam buku buku yang lalu tidak sekali pun Saifuddin Jalis berwatak antagonis!!! Kenapa pulak sekarang dia sudah tukar??????Dan pertemuan dengan Raja Suir Nan Ekong ni memang beyond logical. Kerana sekor ni habih mati watak watak sempoi yang mewarnai adventure Sunan sebelum ini.
Elok tamat ja buku, aku lagi sekali diprank dengan RAM.....kaw kaw punya prank!!!! Hingga aku rasa aku tak nak bukak dah buku ni sampai bebila.
Nak tau kenapa aku kena prank, sesapa yang baca entry ni kena la beli dan baca sendiri buku Laksamana Sunan. Mungkin cara buku ini ditulis kena dengan jiwa hampa dan hampa suka Sunan jadi antagonis tak pasai pasai dan berkecelaruan peribadi dan watak. Tapi kalau tanya aku.............aku tak buleh terima dan buku ini akan jadi berdebu dalam koleksi aku ni.
Ok- aku nak sambung balik Nirnama.


Comments