Bebelan lepas Isya.

Malam ni kampung aku tak hujan. Aku ternanti nantikan hujan yang lebat disertai guruh dan detuman kilat yang sabung menyabung. Aku rindukan suasana macam tu setiap malam. Apabila hujan lebat, kampung ku yang damai akan dibaluti kesejukkan yang tidak dapat aku ceritakan. Suasana kat luar pun auto berkabus dan berbalam balam. Aku akan menutup semua tingkap setiap kali tepat pukul 6 petang dan mengarahkan anak anak ku untuk kekal di dalam rumah saja. Ketika ini, kampung teramat sunyi dan sepi hanya bunyi cengkerik yang kuat dan di sambung dengan bunyi katak panggey hujan. Aku doa semoga hujan akan tiba dalam beberapa minit. 

Nak jenguk di luar tak nampak apa pun, rumah arwah Tok Taib pun sunyi sepi....tapi alhamdulillah masih terang dengan lampu kalimantang yang anak dia pasang. Malam ini anak anak tak banyak karenah. Puteriku kepenatan balik dari KAFA tadi dan telah pun tidur setelah solat isya. Kami terpaksa jamak kerana malam ini bekalan air dihentikan dengan penuh bangga oleh PAPP. Depa pilih masa yang cukup sempoi untuk tutup air. Aku hanya sempat tapau air minum saja, dan kalau malam ni ditakdirkan diserang cirit birit memang padan muka la!

Ok berbalik pada kisah malam di kampung aku ni...........selalunya selepas isya aku akan isikan waktu yang tenang ini dengan membaca novel, dan buku Nirmala masih belum selesai dan aku sengaja melambat-lambatkan bacaannya kerana aku takut penghabisan!!! Sedangkan aku ada berderet deret lagi buku yang aku perlu baca. Tapi yang pasti buku genre seram aku stop buat sementara waktu. Kepala tak boleh nak terima paranormal buat masa sekarang.

Nampaknya hujan belum sudi nak menemani aku malam ini...mungkin lewat dinihari dia akan turun jua.

Aku nak kembali ke Nirmala dengan adventurenya.....nanti aku sambung beleter ok.

 

Comments

Popular Posts