THE HELP - KATHRYN STOCKETT

 Untuk kali pertamanya aku jumpa Novel english yang menggunakan bahasa caca marba dalam penulisannya. Semua tatabahasanya ke laut dan main hentam sembrono. Penulisannya santai dan lebih rileks kalau nak dibandingkan dengan buku novel english yang lain. Tetapi setelah aku perhati buku ni, ia ditulis berdasarkan cara wanita kulit hitam bercakap di kala itu.  Tahap pendidikkan depa dan bahasa yang digunakan mengikut zaman itu. Novel ni betui betui buat aku sangat sangat bengang dengan kulit putih. Betapa belagaknya kaum ni. Depa merasakan depalah yang paling cantik dan paling mulia hingga mereka meletakkan kaum kulit hitam di bawah tapak kaki mereka. Kekejaman yang amat terhadap kaum kulit hitam sehinggalah perangai dan cara hidup mereka di bukukan. 

Secara keseluruhan aku boleh katakan penulis memang turut membenci cara hidup dan perangai bangsa dia sendiri hingga dia mahu dunia tahu perangai sebenar orang kulit putih. Penuh kebencian, kasta dan kekejaman dalam kehidupan mereka seharian di era itu. Kaum kulit putih ni sangatlah jahat hingga cawan sudu pinggan pun diasingkan takut kalau kulit hitam menggunakan perkakas mereka. Apatah lagi tandas! Tandas sanggup diasingkan semata mata percaya kaum kulit hitam kononya membawa penyakit. Jahat dan gila.

Setelah aku selesai membaca terpacul keluar dari mulut aku- padan muka!!! 

Comments

Popular Posts