Geram

Aku semakin gerun dengan dunia sekarang. Gerun dengan keberanian manusia akhir zaman yang semakin lantang menghalalkan yang haram dan menentang kebenaran tanpa segan silu. Mengangkat orang yang nyata munafik menjadi pemimpin. Mengagung agungkan puak yang berjuang untuk perut sendiri dan terus menerus percaya segala biji butir yang keluar dari mulut pemimpin munafik tersebut. Memang aku cukup hairan. Kekadang aku diburu rasa ingin lari keluar dari tanah air aku sendiri, ingin aku bawak keluarga dan anak anak aku pergi jauh dari sini dan hidup jauh di tempat orang kerana kecewa dengan tanah air sendiri. Namun kalau difikir secara logik kenapa aku yang keluar? mengapa tidak mereka? Mereka tidak bodoh..mereka sanggup berkorban maruah demi menakluki dan menjahanamkan tanah air ini demi tembolok mereka. Oleh iitu aku nekad...aku akan cuba menghadapi apa saja dan melawan pemimpin penipu melalui piliharaya. Kerana itu saja saluran yang ada. Aku doakan semoga kejahatan mereka tidak akan lama dan mereka akan jatuh tersungkur dengan penuh kekejian.  In Sya Allah. 

Comments

Popular Posts