GRAB DRIVER ON HIS ANNIVERSARIES
Hari ini genap 14 tahun usia pernikahan aku dengan suami tercinta. Pernikahan yang dibina atas satu ikatan yang ikhlas dan kasih sayang yang tiada bebelah bagi. Allah jua penentu akan jodoh ini dan aku redha atas perjalanannya. Alhamdulillah. Kini sudah 3 orang yang mewarnai perkahwinan kami dan kebahagian yang Allah kurnia aku syukuri dengan penuh rendah hati.Alhamdulillah. Memang setiap perjalanan detik waktu yang ada sentiasa ada pasang surutnya, dan kesabaran itu penting untuk aku hadapinya walaupun kekadang hati terasa luka yang amat mendalam, namun itu adalah satu lumrah yang tetap berulang datang selagi nyawa masih bersisa.
Baba lupa lagi tarikh keramat ini. Mungkin susah sangat nak diingatkan namun itu tidak lagi penting, malas dah aku nak fikir. Terpulanglah nak ingat atau tidak. Cukuplah aku seorang saja yang celebrate sorang sorang rasa seronok sorang sorang macam tak ada laki jauh sekali hadiah.
Tarikh ini jugak menandakan satu lagi memori dalam kalendar yang suami ku secara rasmi menjadi pemandu Grab. alhamdulillah aku syukur dia tetap rajin mencari rezeki pada keluarga. Doa aku tidak penah terhenti buat suami ku yang satu ini. Sekarang aku kembali sendirian di rumah menghadap tugas tugas seharian dan kembali memblog untuk para pembaca aku yang entah siap siap. Terima kasih kerana sudi singgah untuk mendengar secebis kisah dari seorang penulis di kaki bukit .


Comments