Ramadhan Kareem 2023
Ramadhan datang lagi, ALHAMDULILLAH aku diberikan lagi peluang untuk berpuasa dan beribadah atas keizinan Allah Yang Maha Kuasa. Syukurnya aku. Alhamdulillah kerana suami tersayang kini sudah kembali ke tempat yang sepatutnya dia berada. Anugerah Allah,doa yang aku panjatkan Allah makbulkan. Bukan senang urus segalanya sorang diri. Betul aku perlu indipendent tapi aku tetap perlukan seorang suami dan anak anak aku perlukan ayah mereka. Soal wang nanti kita fikir, rezeki Allah ada di mana mana saja yang penting kita usaha. Tak perlu pergi menghambakan diri pada orang orang kaya yang punya kedudukan.
Puasa tahun ini segalanya bermula dengan penuh ketenangan. Aku dapat berterawih di malam pertama di masjid kampung aku. Tenang saja mendengar imam mengalunkan surah Al Baqarah. Malam kedua aku tak dapat join kerana anak sulung aku demam dan dia perlukan aku disisinya. Apakan daya semua masih manja ketaik lagi dengan mama, namun aku berjaya berterawih di rumah dalam keadaan santai. Alhamdulillah sangat sangat.
Menu hari pertama untuk juadah berbuka aku sajikan dengan,
1. Udang masak lemak cili padi
2. Sambal telur hancur ( yang tak sangka menjadi kegemaran anak anak dan suami aku makan bertambah!)
3.Sayur terung bersama tempe
4.Ikan Cencaru sumbat
5. Karipap Daging (selesai dengan sekelip mata,,,kegemaran puteriku SKR)
Hari ini hari kedua berpuasa aku bercadang untuk menyajikan
1. Mihun Goreng
2. Daging masak black pepper
3.Udang masak cilipadi masih berbaki
4. Goreng karipap frozen
5. Nasi putih.
Malam aku akan berterawih ke masjid. Aku harap anak sulungku sihat sepenuhnya dan dia dapat turut serta dalam solat terawih ini.
Bulan Ramadhan yang mulia ini aku tak nak drama. Untuk mereka yang jauh di sana aku doakan sentiasa bahagia dan tak perlu hubungi aku kalau semata mata untuk menyakiti hati aku. Aku ingin tenang di dalam hutan ni.


Comments