Tragedi January 2023
Awal awal
tahun dah penuh warna warni kehidupan. Aqhil fight kat sekolah. Si Naufal tu
memang dia patut dapat sebijik. Mulanya aku nak marah Aqhil tapi yes, aku yang
ajaq Aqhil untuk jadi fighter! Fight back when you’re being attack! Aku tak
marah dia. Memang si spoil brat tu wajib diajar. Masa dia penampar muka puteri
aku, aku boleh bersabar lagi even masa tu aku at the peak of nak meletup. Akibatnya
aku memang betul-betul meletup. Bergoncang jugak tiang seri sekolah dengan
acknowledgement aku! Si tua merangkap tok si Naufal memang telah aku berikan
sedikit sebanyak “buah fikiran” Cuma aku blom ke tahap maki hamun ja!
Alhamdulillah benda setel dan Allah rezekikan aku bertemu dengan para gangster
kampung yang buat sial kat anak aku. Aku rela anak aku tak ada kawan dari
mempunyai kawan yang macam kalihamput ni. Aku siap warning 3 beradik ni dari
mind their own bloody business and do not pass any comments towards all this
kejadian and don’t even talk to those rascals. Semua ni kalihamput yang aku
terpaksa hadapi sorang diri. Memang sungguh mencabar bila aku terpaksa melalui
semua ini seorang diri. Aku mengadu kat suami, suami hanya menambahkan kekusutan
di kepala aku. Dia tak akan bertindak seperti apa yang aku telah lakukan. Memang
sungguh apa yang dikata, mengadu pada Allah Taala, tak guna mengadu pada
manusia even the manusia is your husband. Memang lagi tak guna. Segala masaalah
bagitau saja kat Allah Taala…hanya Allah saja sebaik baik penolong dan membantu
aku dari segala jalan keluar.
Cuma aku kesiankan anak anak aku. Tambah si kecik tu, dia
memang suka berkawan malahan dia sanggup dibuli semata mata ingin berkawan. Aku
berdoa semoga satu hari nanti Allah temukan dia dengan seorang BFF yang baik
dan setia berkawan dengan anak aku. So far yang aku nampak kawan kawan anak aku
semua jenis suka mengambil kesempatan dan menikam di belakang selepas tu.
Memang menyakit hati dan menyedihkan. Budak budak sekarang memang dari kecik bercita cita nak jadi gangster ka? aku tak faham sungguh tambah pulak anak aku bukan jenih melawan malah jenih diam dan biaq diri di buli! aku sebagai mak pulak kena train anak anak aku jadi ninja and strike back. Harey la!!
aku ni sejak dah duduk dalm hutan ni memang nak lead a happy and quite life. Aku tak mau drama dan aku tak mau circle yang besaq besaq. Bukan memberikan ketenangan malah memporakporandakan hidup aku adalah! Apa pun aku rasa ini adalah ujian dari Allah untuk aku jadi lebih kuat tabah dan cekal dalam mendewasakan anak anak aku.


Comments