Drama Drama Dan Terus Drama
Betul seperti yang Rasulullah penah kata bahawa umat Baginda akan berpecah di akhir zaman. Tengok sajalah dengan piliharaya yang baru berlalu. Betapa rakyat di negara aku berpecah, mengikut pemimpin masing masing. Termasuklah aku. masing masing berpendapat pemimpin masing masing lebih hebat dari yang lain. Ketaksuban dengan pemimpin bukan menguntungkan sesapa pun, akhirnya dapur sendiri kena fikir, beras sendiri jugak nak kena beli, poket makin tipis dan kering. Bukan pemimpin yang tolong belikan, tolong bimbangkan, tolong tebalkan wallet yang semakin mengering. Mereka tetap kaya dan bertepuk tampar sesama anggota politik. Wayang kuat bila nak pilihanraya saja. Soalnya bukan saja perpecahan di kalangan rakyat malah dalam keluarga juga turut berpecah kerana politik. Memang menyedihkan kerana keluarga jadi berpuak puak dan memaki hamun hanya kerana ideologi politik yang berbeza. Aku sendiri tidak faham, kerana pemimpin di atas yang sekarang tengah gila memegang kuasa tidak kenal pun dengan rakyat yang taksub yang sanggup memaki hamun ahli keluarga sendiri kerana membela dirinya dan kepimpinannya yang tiada tujuhala yang sebenar. Yang di atas tu haram tak kenal pun!
Berbalah di facebook dah satu hal, bergaduh dengan penuh emosi di whatsapp pun satu hal. Masing masing nak menang, akhirnya jumpa satu jalan keluar iaitu membisu sejuta kalam. Suasana masih panas masih tegang, dalam kalau tersentuh sikit lagi akan mengakibatkan retak yang akan terus melebar. Terkini cara terbaik adalah mendiamkan diri selama dua minggu. Memikirkan ada hikmah yang terbaik. Ketegangan yang terjadi tidak langsung membuahkan hasil atau mendatangkan faedah kepada sesiapa pun melainkan kepuasan hati yang tiada hujung pangkal. Kalau diikutkan hati yang galau mungkin akan diteruskan saja silent mode. Memang kecewa dengan sikap yang tidak pernah mengambil kira perasan orang lain dalam berkata kata , hanya sembrono memulas bicara untuk kepuasan hati sendiri. Bukan sekali dua malah berratus kali.
Sikap mempergunakan orang lain untuk menyempurnakan niat di hati itu sesungguhnya satu tindakkan yang sangat jahat. Sesal dan kesalnya kerana individu membenarkan dirinya di pergunakan. Bukan bodoh atau tolol tetapi masih belum serik serik dengan rententan peristiwa yang pernah terjadi dulu. Kenapa macam tu????


Comments