Kena juga berleter!

September muncul lagi dan disambut dengan hadirnya cuti sekolah selama seminggu. Seminggu yang hadir itulah aku gunakan sepenuhnya untuk berehat bersama anak anak di Subang. Ayahnya masih cekal bekerja dan hanya datang berjumpa selepas waktu kerjanya. Aku adunkan masa yang ada dengan memberi mereka keseronokan maxima yang tidak melampau. Alhamdulillah anak anak tidak cerewet. Kadang kadang aku kesian dengan anak anakku. Aku terlalu tegas dan membataskan segala kemahuan mereka. Memang tak boleh la nak ikutkan segala kehendak budak budak yang akal nya belum matang. Mau kalau dilayan  memang yang menanggungnya aku. 

Semenjak menjadi manusia serba boleh dalam pengurusan hidup manusia kecik kecik ni aku kena flexible dan bijak menguruskan pembelanjaan dan urusan harian. Aku tidak boleh sembrono dalam urusan seharian. Ada masanya aku cut some slack dan bagi muka pada anak anak, contohnya setiap malam Sabtu akan ada movie night dan tukang pilih movie of course la aku. Alhamdulillah so far anak anak memang tertunggu tunggu akan hadirnya malam Sabtu kerana waktu itu aku akan lebih sporting dan bagi muka hingga tengah malam untuk bergembira. Dunia mereka kecil dan tidak warna warni seperti anak anak orang lain yang sentiasa bebas dengan gadjet. Aku limitkan kehendak mereka. Sesungguhnya aku takut akan berubahnya sikap mereka kalau mereka terlalu terdedah kepada teknologi yang bagi aku lebih merosakkan dari memberi apa apa manafaat. Mungkin orang akan lihat aku seolah olah menyekat perubahan atau kehendak zaman pada anak anak aku. Aku tidak sama sekali setuju malah aku selesa dengan keadaan mereka sekarang. Ya di waktu tv disekat, gadjet tidak di tangan, anak aku sibuk dengan lego, main masak masak dan beyblade (walaupun bunyinya sangat sangat menyakitkan telinga) tapi aku rasa lebih lega dan selamat. 

Terkini aku menyaksikan seorang remaja berusia 15 tahun yang mengjahanamkan seluruh isi rumah kerana ibunya merampas handphone dari tangannya. Kalaulah aku di tempat ibu tersebut tak tau saka yang macam mana lah akan menjelma keluar. Sebelum dia melingkupkan rumah aku rasa aku dah telefon polis suruh polis angkut dia dulu. Semoga ada jalan keluar buat ibu remaja tersebut. Aku bukan di tempat dia mungkin senang untuk aku menulis komen di blog usang ini. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ibu itu lalui. Yang aku dengar adalah esakkan seorang ibu bila melihat rumahnya yang hancur dikerjakan remaja tersebut. Sesungguhnya sudah dekat benar akhir zaman dengan kehidupan manusia sekarang.  Gadjet sangat memisahkan anak anak dari ibu ayah, suami isteri, kawan kawan dan entah apa lagi! 

Dapat dilihat walaupun di kedai mamak sekali pun, bila kawan kawan berkumpul suasana meja itu diam ataupun tertawa sendirian sebab masing masing sibuk dengan handphone ditangan. Kata nak lepak minum teh tapi masing masing belek handphone. Kalau macam tu tak payah berdunia, lebih baik duduk dalam bilik dan belek handphone sepuas hati ataupun sampai buta!

Comments

Popular Posts