Pau
Entry ni bukan pasai kuih pau.Walaupun aku pandai buat kuih pau untuk suami dan anak anak. Ini kisah pau di kalangan budak-budak sekolah. Seingat aku, kes pau mengepau ni dah ada since aku darjah 1 lagi. Dan aku jugak mangsa pau dengan satu budak nama Aslaili. Hihih masa tu aku darjah 2 dan dia boleh dikatakan budak yang susah. Kesian pulak bila aku ingat sekarang ni. Dia merupakan anak seorang angkatan tentera. Aku sekelas dengan dia sejak darjah 2 hingga darjah 4 kalau tak silap. Pada mulanya aku yang start bagi dia duit sebab aku kesian tengok dia yang sentiasa lari ke belakang sekolah setiap kali waktu rehat. Sejak dari hari itu dia sentiasa pau aku, sehingga aku sendiri nak belanja pun tak ada duit..
50 tahun telah berlalu entah di mana dia berada, aku harap Aslaili sihat dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah Taala. Kini anak aku sedang menerima nasib yang sama bila kawan kawan sebaya pula syiok mengepau dia sampai dia balik ke rumah dalam keadaan kebulur. Bila di tanya apa alasan kawan kawan mengepau dia, dilemparnya jawapan pada aku..."they said im rich" aku terdiam dan rasa sangat mendidih! Hati nak saja menegur depan depan ketika aku ambik anak di sekolah. Tapi hati ni masih belum sampai nak bertindak sedemikian kerana kanak kanak itu adalah anak kejiranan aku jugak. Kami sekampung dan kanak kanak tu selalu datang bertandang bermain di kaki tangga rumah aku dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan! kenapa jadi macam ni? apa peranan mak ayah depa? Kekadang anak aku sampai berlapar sebab serahkan duit kepada yang mengepau! Aku dah suruh abang Ngah sekolahkan si kakak dan si abang, tapi hasilnya tiada.
Akibatnya aku terpaksa catu wang saku anak aku untuk mengelak dari dipau oleh budak budak ni. Ya lah apa yang budak budak tu faham, melainkan mereka just being a kid. Mungkin mereka akan sedar setelah mereka mencecah 50 tahun kemudian. Mean time, aku terpaksa memerhati dari jauh dan aku terpaksa bertindak sekiranya masih berlarutan...tapi macam mana...kami juga sekampung!


Comments