Aku yang berjawatan
Dah lama tak update blog usang lagi berdebu ni. Kesibukan sehari hari sebagai ibu/superwoman/tukang masak/tukang urus/driver /guru tuition merangkap segala tugas seharian aku pikul sorang diri membuatkan aku kekurangan "me time" sehinggalah aku terpaksa mencari masa itu sendiri. Contohnya aku terpaksa lari bersembunyi ke perpustakaan untuk mengupdatekan blog aku, ataupun cuba menyambung manuskrip yang tertangguh. Seperti apa yang Maria Kajiwa sering berkata, nak tulis ni kena hari hari kalau asyik put on hold memang lah tak bergerak benda ni. Setakat hari ini aku hanya berjaya siapkan 20 muka surat sahaja yang berbaki beratus page lagi rasanya. Perjalanan aku masih jauh dan kekadang rasa putus asa seperti apa yang Tey Marzuki alami datang bertandang. Writer block pulak sentisa menemani aku. Setiap kali rakan rakan kelab buku yang lain menerbitkan buku terkini mereka aku jadi sayu dan mengalami jiwa kacau. Kenapa aku tak mampu siapkan satu pun manuskrip sedangkan idea sentiasa datang bertandang?Di mana silapnya? Malas ka atau rasa sibuk yang aku alami setiap hari membuatkan aku hilang semangat dan demotivated. Maria Kajiwa juga seorang ibu malah berkerja di farmasi suaminya namun beliau tetap dapat menghasilkan 2 karya yang dasyat dasyat setiap tahun. Malah hasil yang dilahirkan bukan calang calang!! Memang masterpiece.
Tetapi
Bukan semua wanita macam Maria Kajiwa. Bukan aku memberi alasan tapi memang ternyata aku belum mencapai tahap kekuatan seperti dia. Aku masih getir memikirkan keperluan anak anak yang masih di bangku sekolah. Perhatian mereka keperluan mereka ditambah pulak keadaan yang menuntut aku melakukan segalanya seorang diri. Jawatan aku terlalu banyak untuk aku lepaskan. Itupun aku masih berusaha untuk terus cuba menyiapkan manuskrip sulung aku. Kadang kadang bila rasa putus asa datang bertandang rasa nak delete saja apa yang ada dalam folder ni, tapi bila memikirkan segala kerja keras yang telah aku letak dan masa yang aku habiskkan..aku kembali bersemangat untuk cuba menoktahkan karya ini dengan sempurna. Insya Allah.



Comments