PJJ & Journaling Addict

Macam tak percaya benda ni terjadi kat aku. Selama ini aku sentiasa tertanya tanya apa perasaan seorang wanita bila terpaksa PJJ dengan suaminya dan aku cuba lihat dari perpektif mereka..tapi masa tu aku tak dapat lagi dapat bayangan yang betul. Sekarang bila dah terjadi kat batang hidung sendiri, ha terduduk jugak aku dibuatnya. Sudah hampir seminggu Tok Ketua ikut orang berdagang ke Selangor. Kami berempat kembali berempat merempuh kehidupan tanpa dia. Aku la yang paling terkesan sebab segala galanya aku terpaksa buat sendiri dari urusan rumah, sehinggalah urusan anak anak. Penat jangan di tanya jangan di hairan. Memang bila malam menjelma aku bagaikan tak dapat nak angkat kelopak mata walaupun setengah cm. Alhamdulillah sekarang ni cuti sekolah pun dah bermula dan aku dapat berehat sebentar dari kekalutan seharian mengurus anak. Kalau lah iman tak kuat, dah tentu aku pun dapat anxiety ataupun depression. Aku cuba untuk tidak melayan stress yang tiada berpenghujung dengan cuba mengikuti apa yang DR MAZA katakan dalam setiap tazkirahnya. Alhamdulillah it works!! Words of Allah itulah ubat yang paling mujarab. Kalau tak mau sewel aku jadinya.

Ok kisah pjj aku nak tinggalkan dan lupakan sebab sekarang hobi aku sudah beralih arah. Tapi buku tetap di hati. Memang tak dapat nak nafikan.  yang terkini, aku dan Jugakak kesayangan ku jatuh cinta dengan journaling yang bermula dari tiktok 

memang sempoi dan akibatnya aku dah menjahanamkan sejumlah wang untuk bahan bahan journaling cantik cantik di shopee. Gila tak gila dah hampir sekotak besar aku penuhi dengan pelbagai alatan kraf dan stikers.

Sungguh benda ini adalah hobi yang tak jemu.

Comments

Popular Posts