Book Review: Sakti Bunian, Story of Maria & Darah Pujaan

 Setakat entry ini di buat aku hanya sempat membaca sebanyak 33 buah buku pelbagai genre. Genre seram rasanya lebih banyak dari keseluruhan jumlah tersebut. Setakat ini novel novel di atas adalah paling wow sekali untuk aku masukkan ke dalam blog ini. Aku rasa bagaikan diheret bersama penulis menyelusuri kisah dan cerita yang tertulis. Tanpa membuang masa jom aku nak review satu satu :

Sakti Bunian- Maria Kajiwa

Sentuhan kesayangan aku ni memang tak boleh dinafikan langsung akan kehebatan jalan penceritaan dan susunan ayat yang sangat sempurna, tanpa satu pun typo atau scene yang boleh buat para pembaca rasa nak menyumpah. Boleh aku katakan setiap buku karyanya memang sempurna dari segi susunan ayat dan tatabahasa. Memang aku bagi 100/100

Ceritanya pula:

Sakti Bunian berkisar tentang 4 orang manusia yang mengalami kesempitan dalam hidup hingga menemui jalan buntu. Mereka terpaksa bersetuju dengan satu perkerjaan yang kononnya menjanjikan cahaya di hujung jalan. Cerita ini sangat sempoi kerana MK membawa kita mengembara ke pulau tinggal yang jauh di selatan tanahair. Suasana yang digambarkan sangat menakutkan dan kisah yang diperincikan dengan kehadiran watak watak banshee (cik ponti) dan seangkatan dengannya. Memang buku ini mendapat tempat di rak buku istana ku.

Aku bagi 85/100


The Story of Maria - Anuar Darwisy

Sentuhan seorang anak muda yang berbakat besar malah berpotensi untuk pergi dengan lebih jauh pada satu hari nanti. Mana tak nya buku dia ni tak pernah lekang dari menduduki tempat tinggi di Popular.  Cara ayat ayat disusun begitu sempurna dan sekali lagi pembaca tidak akan sama sekali pening atau tawar hati untuk meneruskan pembacaan. Sekali dah buka memang akan berjalan terus hingga ke penamat kisahnya. 

Anuar pandai meremangkan segala bulu yang ada di tubuh kita dengan jalan cerita yang seseram seramnya dengan mewujudkan watak seorang Nun yang buat deal dengan iblis sebab dia tak nak mati. Bila dah mati apa lagi satu block apartment tu jadi puaka kerana nun sekok ni. Kalau ada buku di Popular aku cadangkan pi la beli dan baca, untuk yang berani saja!

Untuk itu 90/100


Darah Pujaan - Syauqie MK

Aku baru saja habis membaca novel ini, hingga sedar tak sedar aku tak mandi dan hampir nak bergaduh dengan tok ketua. Penangan buku ini sangat lain dari yang lain. Meh sini aku nak introduce kat para tetamu yang datang bertandang tentang siapa itu SMK( nama penuh sila rujuk kat atas ok)

First aku jumpa buku dia di library Balik Pulau. Buku bertajuk Keris Long Leh. Buku itu nampak biasa biasa saja, sekali bila aku mula flip thru nah terduduk aku jadinya. Penulis berkongsi ilmu tentang keris dan perkara berkaitan dengan senjata istimewa ini. Well untuk aku tak mau nak taksub sangat sebab benda ni bukan boleh dibawak main. Keris Longleh adalah permulaan kepada kisah Darah Pujaan. 

Buku ni menggunakan loghat utara 90% membuatkan aku tak boleh nak letak langsung malah sayang untuk aku habiskan. Tempat tempat yang di kisahkan di dalam buku ini merupakan antara tempat yang aku tau dan pernah pergi, itu yang membuatkan novel ini sangat leka membacanya. 

Darah Pujaan adalah rentetan dari kisah pertama di mana anak si Amin pulak harus mewarisi sebilah keris yang bermandikan puaka yang bukan calang calang jahatnya. Tambahan pulak anak si Amin ini mempunyai mata ke 6 menjadikan kisah ini berkilo kilo seramnya. Novel ini sedang panas dan laris di pasaran. Aku cadangkan kalau anda terlepas ke kedai buku cepat la rembat senaskah. Tak rugi!!!

Buku ini 1000/1000 selayaknya!!!!



Comments

Popular Posts