TUMBANG dan SI CELAKA OMNICRON
Omicron ni jahat sungguh. Dalam dok berjaga jaga dapat jugak! Panahan cinta Omnicron mengakibatkan kami satu keluarga tumbang, dan paling teruk adalah abang Ngah dan tok ketua. Sebab? depa dua melayan Omni jahanam ni bagaikan puteri Rambulan Bidadari Alam!! Sakit ni kalau kita makin melayan makin kita turuti kejahatan yang dia lontarkan dalam sistem tubuh memang la dia menang. Memang la dia akan terus belagak bagaikan JWW Birch keparat yang mampus di tikam Dato Maharaja Lela di Pasir Salak pada hari raya kedua tahun 1875 tu!
Sakit kepala yang melanda bukan kepalang. Mulanya anak gadis kecil ku yang mula mula mendapat bahadinya, Alhamdulillah dia tegar dan taat bangun untuk disuap ubat walaupun di awal pagi. Aku merawati cik Siti dengan cara lama, cara arwah Tok Abu selalu buat. Jelum kepala dengan tuala basah dan bagi kat dia paracethamol setiap 4 jam. Masa tu masih menggunakan saki baki ubat yang masih ada dan aku tak bawak dia ke hospital kerana aku menyangkakan dia hanya demam urat biasa biasa. Bila dah buat RTK pun keputusan negatif, mungkin cara aku tak kena ataupun RTK itu dah lama. Alhamdulillah masuk hari ke 3, cik siti dah menunjukkan tanda sembuh yang ketara. Dia dah tidak bersungut atau meracau. Malah selera makan pun kembali semula. Masa ini, aku pulak terkesan dengan bahadi si Omni hanat ni. Badan aku mulai rasa sakit dan sakit kepala yang menyucuk datang menyerang hingga aku terlantar memang tak larat nak bangun malah suhu badan ikut sama menjadi panas hingga ke 39.9
Tok ketua dah balik rumah masa tu dan dia take over pengurusan di dalam rumah. Aku memang rasa nak tidur saja masa tu. Alhamdulillah aku jugak turut makan paracethamol setiap 4 jam hingga aku rasa aku dah belasah tablet tu sebanyak 16 biji seharian. Ya alah aku turuti setiap 4 jam telan 2 biji hingga aku rasa parachethamol dah tak ada kesan dalam tubuh aku. Betapa yahudinya Omnicron ni.
Elok elok aku dah mula sembuh, si abang long pulak tiba tiba suhu badan berapi rapi hingga merah wajah handsome anak aku. Pecah bibirnya dan lesu dirinya. Hati aku mula di rundung bimbang yang tak dapat aku nak tulis di sini. Menjelang esoknya Abang Ngah turut mengalami simtom yang sama malah lebih teruk bila turut diserang migrain yang aku rasakan sangat teruk hingga abang Ngah menangis. Dia pada mulanyal terlantar dan mendiamkan diri. Aku tak tau yang dia dah pun demam sehingga aku periksa tubuhnya yang dah pun bertukar menjadi api. Petang tu pulak Tok ketua pulak tumbang malah lebih dasyat dramanya,degilnya dan tidurnya!! Bayangkan aku yang masih 50-50 terpaksa menjaga 3 orang yang terlantar, dalam masa yang sama aku terpaksa memasak dan memastikan depa akur memakan ubat. Akhirnya kata putus diambil petang tu jugak aku hantar 3 orang manusia degil ni ke hospital. Tak ada rawatan yang diberikan even ujian swab pun hospital tak buat malah disuruhnya kami buat sendiri ujian kendiri.
Tahniah ujian lulus dengan cemerlang. 3, 3 ekor positif......
Booster here I come,,,,31 March 2020 nanti. Kena la akur sebab kecelakaan Omnicron ni is not biasa biasa.


Comments