Sailing to Month Of Holy Ramadhan

 Tinggal beberapa hari saja lagi in sya Allah aku akan dapat merasakan keindahan masuknya bulan Ramadhan. Alhamdulillah semoga kali ini akan lebih indah, lebih sempurna dan lebih lengkap Ramadhan aku. Cuma kali ini tok ketua tak dapat berpuasa sekali kerana tok ketua dipanggil untuk sama sama berjuang berniaga bersama saudagar nasik mahal di Subang. Aku berdoa semoga Tok Ketua sihat dan kuat untuk belajar macam mana nak jadi saudagar nasik mahal. Ilmu tu penting sebab nanti perniagaan nasik tak berapa mahal akan di buka di kampung ku yang sangat permai ini. Aku dah lama mengimpikan perniagaan nasik tak berapa mahal di sekitar tempat tinggal ku ini. Semoga Tok ketua dapat menimba ilmu sebanyak banyaknya di Subang di dalam bulan Ramadhan nanti. 

Permergian Tok ketua sekali gus mengangkat martabat aku menjadi seorang nakhoda untuk mengemudi bahtera kapal yang besar ini seorang diri. Bermakna aku lah nakhoda, aku lah kelasi aku la tukang cuci aku lah tukang masak tukang buat koi raya dan tukang ajar mengaji bila maghrib menjelang. Bersambung pulak menjadi guru besar untuk memastikan kelasi kelasi ku ikut jadual sekolah dengan sempurna siapkan kerja sekolah dengan sempurna dan tak hilangkan peralatan sekolah sekali gus. Hebat dak aku???? Bukan itu saja, sekiranya terjadi pertelingkahan ketika nak tidur aku jugak akan bertukar menjadi Ip Man Wing Chun dari Foshan, Guangdong untuk menyelesaikan segala permasaalahan sekiranya timbul. 

Beberapa agenda telahpun aku drafkan dari minggu depan hari Isnin hingga lengkapnya sebulan Ramadhan. Telah aku susun atur segala projek, garis panduan dan jugak rancangan agar Ramadhan yang datang tidak berlalu dengan sia sia. Dalam masa yang sama aku jugak bercita cita untuk khatam Quraan menjelang 27 Ramadhan seperti tahun sudah! Ini adalah ironclad, adalah ultimate projek melebihi dari segala projek mega yang bersarang dalam kepala hotak aku


- SEMOGA ALLAH PERMUDAHKANKAN PERJALANAN BAHTERA RAMADHANKU... 

Comments

Popular Posts