Cuti sekolah 2022- First semester break!

Sedar tak sedar nak masuk minggu terakhir cuti sekolah. Tok ketua outstation, hanya aku dan anak anak di kampung dengan agenda kami. Mandi sungai, movie night, menimba ilmu di library solat jemaah dan merayap ke TF (well itu saja yang ada di sini) Aku belum ada mood nak bawak depa merayau menggelilingi pulau macam aku selalu buat ketika bujang seabad yang lalu. Bagi anak anak aku, itu dah sesuatu paling hebat ketika ini. Alhamdulillah depa tak rindukan zaman zaman hidup di bandar 2 tahun yang lalui. Walaupun masa tu dilimpahi kemewahan dan hampir setiap bulan kami akan merayap ke panggung wayang dan aku akan habiskan sejumlah wang yang cukup besar untuk menonton movie,merayap ke kedai buku, main game dan staycation di mana mana hotel. Alhamdulillah setakat ini 3 beradik ni sangat enjoy kehidupan kampung yang serba serbi low profile and memahami setiap kali aku katakan tidak. Aku syukur sangat.  Aku harap depa akan berkekalan sebegini sampai bila bila, hinggakan kekadang aku pulak yang kesian. Contohnya hari ini, kami dah bangun seawal subuh untuk solat jemaah, dan bersiap untuk mandi sungai. Anak anak aku begitu seronok dan begitu excited seolah olah kami nak terbang ke Sabah. Walaupun sungai hanalah beberapa tapak saja dari rumah aku, itu dah membuatkan mereka lupa diri sampai susah nak diheret pulang!!

Tok ketua masih sibuk di kampung sana menyiapkan rumah kedua kami. Aku harap nanti rumah itu selesa untuk shortstay kami bila turun ke Selangor. Tak perlu lagi duduk di hotel tak perlu lagi menghabiskan ratusan ringgit membayar untuk kediaman yang hanya beberapa malam. Semenjak Tok Ketua di kampung sana aku hiasi hari hari yang mendatang dengan jadual yang cukup padat bersama anak anak. Alhamdulillah setakat ini belum lagi terbit kata kata dari mereka tentang bosan. Lega!

Berbalik ke cerita mandi sungai tadi, Allah pertemukan aku sekali lagi dengan dua beradik yang kematian ibu. Si abang tu baru berusia 11 tahun dan adik pulak hanya 6 tahun.  Hati aku sangat tersentuh hanya Allah saja yang mengetahuinya. Tapi aku dapat merasakan anak anak ini sangat kental tabah dan survivor. Jauh disudut hati aku berdoa semoga mereka bakal menjadi anak anak yang berjaya satu hari nanti. Si abang tu rupa rupanya satu sekolah dengan anak anak aku.

Aku harap aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk bertemu lagi dengan dua beradik ni mungkin di situasi yang lebih baik bukan sekadar menyembang di dalam arus sungai yang laju.  Nak sembang apa pun tak boleh nak interview apa apa pun lagi la tak boleh mana taknya depa dok fokus terjun dari tebing dan berenang kuak lentang!!!

Comments

Popular Posts