Geram, Meluat dan Lega!!!

Bantuan yang bukan bantuan. Rasa tak ikhlas pun ada. Dah nak bagi bantuan tu tapi dalam masa yang sama menyukar dan menyusahkan orang. Rasa nak maki berkoyan koyan. Asal bukak web, dituduhnya aku dah masuk lebih dari beberapa kali kepala tok dia. Sejak dijajahnya semakin pundek haram jadinya tanah jati aku ni. Tambah pulak kes air pasang yang menaikkan makian dan cacian tanpa sekatan. Aku memang bara habis la. Akhirnya aku log out terus dan malas nak apply bantuan toya mat amin yang tak ikhlas tu. Memang suwey. Di dunia hampa happy la tunggu di akhirat nanti.

Maaf la intro yang sangat gangster kali ini. Hilang habis sifat keibuan dan kelembutan yang aku nak pertahankan dalam blog bersawang berdebu aku ini. Emm sekolah pulak dah bukak. Aku banyak benda pending yang perlu aku lunaskan. Putera sulung yang sudah sampai masa nak tukar Mykid ke MyKad, dan vaksin yang belum selesai. Makes me agitated a bit.  So far Putera sulung ok ja di bulan bulan terakhir dia di sekolah rendah. Aku lega kerana anak anak kembali ke sekolah. Bersemuka dengan cikgu. Hilang habis sifat malas yang merajai diri mereka for almost a year!! Rasakan...kalau dengan aku depa banyak main main dan memberontak, sekarang dah kembali ke sekolah semuanya balik asal la.

Cuaca di kampung ku yang permai ni semakin panas dan aku rasa rindu pada hujan. Hujan seakan dah merajuk jauh. Langit kembali membiru walau angin masih kencang bertiup ganas hampir setiap hari sejak Januari 2022 menyapa. Rasa panas yang lembab. Malam pun kena bukak tingkap.  Alhamdulillah aku tetap bersyukur. 

Aku buka tirai January 2022 dengan beberapa buah buku untuk kubaca. 2 buah dari perpustakaan dan beberapa buah hak milik sendiri yang bergenre agak lain dari yang selalu aku baca. Memang target tahun ni nak khatam quraan lagi menjelang puasa dan membaca buku kalau boleh sebanyak 300 buah. 

So far dapat baca 2 buah dalam January. 

Okay nanti next post aku nak buat review buku pulak..

Comments

Popular Posts