Buli dan Samseng Kampung

Walaupun aku duduk di kampung, nun jauh di hujung pulau, kampung yang kukira cukup aman damai dan penuh ketenangan, aku sangka bahawa di tempat seumpama iniTIDAK MUNGKN akan  ada samseng kampung budak hingusan taik kucing. Tidak aku sangka maybe aku lupa langit itu tidak selalu cerah, nasi itu tidak selalunya sedap, kek itu tidak selalunya naik....kekadang akan hangit nasinya, akan mendap kek nya...sungguh aku lupa wey!!

 Putera sulung aku bukan seorang fighter. Itu satu kenyataan dan dia lebih kurang suka buat hal sendiri. Bagi dia satu komik atau lego maka dia akan duduk di alam dia tanpa menghiraukan dunia sekelilingnya. Itulah anak sulung aku. Setelah memasuki sekolah baru, sekolah yang aku kira cukup aman damai dengan kapasiti yang cukup cukup makan sudah aku bajet in sya allah gejala buli tidak akan wujud di persekitaran sebegini. Aku lepaskan dia ke sekolah dan aku serahkan dia pada Allah Taala sebagai sebaik baik pelindung. Namun ujian Allah tiada yang dapat menghalang. Ujian ini aku anggap untuk mendewasakan putera sulungku. Di pertemukan dia dengan dua ekor setan taik kucing bernama Fattah dan Iqbal. Pelbagai insiden yang berlaku yang membuatkan puteraku setiap hari pulang dan membawa cerita yang sama perihal mangkuk ayun dua ekoq ni. Aku dah mendidih bila mendengar hal yang terjadi. Aku pernah kemukakan hal yang sama pada ustaz merangkap guru displin sekolah tentang malaun bernama Iqbal ni dan isu sengap seketika. Pada mulanya ustaz banyak menyebelahi haramjadah dua ekoq ni dan memberi pelbagai alasan mungkin depa berpendapat budak bandar seperti puteraku ini belum sesuai nak mingle dengan malaun malaun samseng kampung di situ. Bila aku tekankan ketidakpuasan hati aku, baru ustaz tu bagi perhatian sedikit. So isu ni sengap seketika.....PKP sambung dan keadaan aman damai selama beberapa bulan....lega!!! 

Kini sekolah dah bukak, malaun dah balik asal....anak aku kembali ke sekolah...untuk minggu pertama aku tengok dia happy saja...aku pun anggap semua ok...alhamdulillah....tiba tiba  beberapa hari yang sudah, malaun malaun ni semua boycott puteraku di padang bola dan menghalang dia menyertai permainan bola sepak. Membe balik rumah dan mengadu kat aku. Aku sabar lagi dan tetap memberi dia kata kata semangat. Tetapi ibu mana yang tidak bertukar menjadi hijau, biru oren, bila anak terus terusan di buli malaun ni semua. Si Fattah budak samseng tu dengan tidak semena mena menumbuk belakang anak aku ketika cikgu tidak ada di dalam kelas!!! Malah memaki hamun dia. Sungguh aku hilang sabar...Ya Allah saka Abu Kassim yang dah lama tidur dalam salur darah aku seolah olah bangun dan bersilat kencang ibarat kata M Nasir...Hey Kersani mengalir la dikau..menjadi raksa mengisi belikat punggungku...bagaikan laksamana Melayu!! 

Ketika ini bigboss tengah outstation so aku la kena hadap semua ni. Aku ligat berfikir macam mana nak jumpa dengan malaun ini. Tidak lena aku jadinya malam itu. Aku mesej cikgu kelas, tapi ternyata feedback cikgu hanyalah menyakitkan hati, dan disuakan alasan syaitonirajim kat aku. Sengaja nak cabar aku ka apa pendidik sekor ni??? Buat seketika aku cuba sedaya mungkin untuk bersabar dan terus memberi kata kata semangat buat puteraku, sementara menanti hari siang!!!

Allah itu maha kaya, doa dan rintihan aku terjawab tengahari itu ketika aku mengambil anak anak aku di sekolah. Nah tengah duduk lepak depan kereta aku adalah samseng taik kucing si Fattah riuk ni. Puteraku berteriak dari dalam kereta, "Ma tu la Fatah!!" Aku terus tutup engine, ajak dia turun dan menapak ke arah hantu ni....perbualan kami seperti di bawah :

Aku : Hang ni Fatah Syamel ka?

Si samseng : Ya saya, (sambil angguk)

Aku : **** ada kacau hang dalam kelas ka? Ada sepak terajang hang ka tumbuk hang ka?

Si Samseng : Kelihatan blur dan pandang anak aku

Aku : Kalau dia tak kacau hang awat hang dok kacau dia??? Hang nak cari masaalah dengan aku ka?                Aku mak dia, kalau hang tak puas hati nama aku ada dalam group dan hang cari aku disitu, hang            jangan nak tunjuk samseng kampung taik kucing hang kat anak aku ok, kalau hang tak nak                      masaalah dengan aku!!! Hang tulung ingat muka aku (sambil tarik face mask dan tuding kat                    rolls Royce aku) hang ingat kereta aku. Jangan sampai aku cari hang balik. Mulai la ni hang                    jangan sembang jangan cakap jangan padang anak aku dalam kelas. Hang tulung hadam!!

Si Samseng : Bilaa pulakkkk, bila pulakkkkkk ( terus kalih kat kawan di sebelah yang tercengang cengang kerana tetiba diheret dalam drama sakai dia ) bila aku .....

Dia belum habis ayat, aku terus cut him loose

Aku : La ni hang jangan sentuh anak aku ok. Hang ingat tu. 

Terus ajak anak aku blah.....

masuk saja dalam kereta, anak aku.................thanks Mama, i love you....




Comments

Popular Posts