Buku Merapu :(

Aku memang cerewet dalam memilih bahan bacaan. Tak semua genre masuk dalam kepala dan jiwa aku. Tak semua yang dapat membuat aku tersenyum bertahun tahun  bila mengenangkan buku tersebut. Tambah cerita cintan cintun. Last yang aku baca hanyalah karangan Aisyah Sofea tu pun senaskah tu saja pas tu aku tarik handbrake. Enuf is enuf. Memang tak logik la kisah cinta yang penuh lovey dovey ni. Dengan nama-nama watak mencecah ke langit dan level kayangan. Memang takla. Muntah hijau aku jadinya.  Bukan nak puji hasil pena penulis bangsa lain..tapi Joanne K Rowling, Julie Matthews, CS Lewis even Tolkien sekali pun....tak merapu memilih nama nama sebagai main character dalam setiap naskah mereka, tapi kebanyakkan penulis kita, adoi memang sakai dalam isu memilih nama karakter. Heran.

Terkini sewaktu aku merayap ke perpustakaan, aku dah terpandang 2 buah buku. Satu bertajuk Tanah dan satu lagi bertajuk Gengster. Setelah baca sinopsis lebey kurang aku pun tanpa pikiaq panjang ambik la...sesekali melayan kepala dengan kisah cinta tak berapa cinta...pujuk hati....then aku merayap rayap ke rak yang lain sekali mata terpandang rak buku paling bawah dan to my utter disbelief --- Izam Nor punya naskah terparking elok kat situ judul nya Tanah, aku ni teruja terus la amik dengan senyuman tak lekang di muka seolah olah bertemu seketul emas (hanya book work saja yang faham perasaan ni woi) 

Meh sini aku review Tanah dulu, penulisnya adalah saudari Izam Nor. Buku dia yang aku pernah baca yang membuat aku memburu naskahnya yang lain adalah Mek Siah. Memang tak dapat dinafikan Mek Siah adalah antara naskah genre seram yang meletakkan dia sebaris dengan penulis pujaan hati aku iaitu Maria Kajiwa dan Anuar Darwisy. Memang tak boleh nak letak langsung buku tu setelah helaian demi helaian yang di selak hingga ke akhirnya! Aku tak teragak untuk memberi 10 bintang pada Mek Siah. Cara kisah itu disusun diulas dan di tamatkan dengan penuh santai dan teliti. Memang meremang bulu roma dari mula hingga habis. Terbaiklah. Tetapi.....jeng jeng jeng....naskah beliau yang selanjutnya bernama Tanah, memang merudum habis. Aku kecewa yang amat. Hingga aku speed reading pun masih tak faham faham, dahlah banyak menggunakan bahasa Jawa yang disua tanpa glosarinya. Kalau Tuan Ram dia akan sediakan glorsari di akhir buku so senanglah pembaca macam aku ni nak hadam. Ini tak....tegeliat lidah dan akhirnya aku tutup dan rasa malas membuak buak. Kecewa!!! Pada permulaan kisah agak ok, tapi plot slow dan malas nak bergerak. Hantu dok melilau tang situ saja dan mangsa rasuk tak habih habih dengan kedegilan dia, maybe plost tu sengaja nak menceritakan kedegilan seorang remaja yang walaupun diganggu hebat pun tapi masih berahsia. Aku mampu bagi 1* saja.

Move to lagi satu novel yang pada mulanya aku sangat teragak agak nak pinjam sebab aku bukan peminat novel cinta lovey dowey ni, tapi dah hilang akai agaknya aku pun try out lahkan..

Penulisnya adalah Siti Rohayu dan bertajuk Gengster. Aku akui ceritanya lain dari yang lain dan nama -nama watak tidak kayangan atau meleret leret. Plot sempoi tapi macam aksi tak cukup, tapi aku buleh hadap lagi. Bagi aku penulis ini agak berani mengetengahkan elemen elemen xrated yang tidak pernah wujud dalam novel tempatan, dengan gaya yang berlapik dan tersusun. Kisah seorang jururawat yang nasibnya bukan saja sudah jatuh ditimpa tangga tapi di jugak dilambung Tsunami, Tornado dan Taufan Catherine....at the end of the day si gengster yang menyusahkan hidupnya itulah yang menjadi pelindung dirinya dan anak kecil nya bernama Mia. Terkejut badak dengan penerimaan kepala hotak aku dengan buku ini sebab buku ini buat aku betui betui leka. Tetapi something so good always have a catch kan...nak jadi kesialan bila tengah aku syok syok baca ..tetiba aku yang di page 259 buleh menyelak page 480???? Buku MISPRINT!!!! Memang menyumpah habih laaaaaa.....aku cari cari page tapi semua dah haywire towards the end....sangat hamlau dan hamjad.

Ok till next blog....aku nak terjah perpustakaan desa pulak sat lagi..see how it goes dan akan aku ceritakan kat sini nanti....

Comments

Popular Posts