MACAM MACAM HAL

Naik berdebu dah blog yang aku tinggalkan kerana memenuhi tuntutan dunia sehari hari. Elok elok nak habih tahun penuh pulak dengan pelbagai peristiwa yang separuhnya aku nak padam terus dari kepala manakala yang separuh lagi ingin aku kenang sampai bila bila. Tapi semakin aku cuba nak lupakan semakin kuat pula aku mengenangkannya. Mungkin aku dah jadi seorang pemikir di usia senja sebegini. Hinggakan benda yang remeh remeh pun aku akan ingat berhari hari. 

Aku mulakan dengan pemergian satu satunya abang ipar aku, Along pada awal November yang lalu. Pemergian dia sudah pun dijangka dan sejak dari tarikh along sakit aku sekeluarga tidak berhenti melawat dan menghabiskan sebanyak masa yang boleh untuk bersama arwah. Hingga akhirnya Along selamat kembali pada penciptaNya. Suami tersayang agak terkesan dan alhamdulillah dia ok saja lepas tu. Baba bukan jenis yang suka mempamerkan kesedihanya lebih lebih lagi di hadapan aku.

Kini cuti sekolah dah pun bermula....aku naik turun ke Selangor beberapa kali hinggakan peristiwa kami diserang sejenih makhluk bernama KutuBabi. Nampak saja kecik menatang ni tapi sengatan dia sangat dasyat hingga berbirat kulit jadinya. Itu tak apa lagi sehingga si kutu ni masuk ke dalam telinga anak daraku.  Sampai rosak jahanam habis percutian kami ke Selangor bila semalaman aku habiskan masa di ER beberapa buah hospital, seperti Hospital Balik Pulau (masa ni keluarkan sekok yang melekat di celah celah bulu mata CT) diikuti denga klinik Mediviron, Hospital Shah Alam, Hospital KPJ, dan akhirnya hospital Pantai bila short term remedies discovered. Thanks to my dear Atun. Kami pulang ke hotel hampir subuh. Pagi esoknya kembali ke hospital untuk proses mengeluarkan si poyo kutubabi yang menghuruharakan vacation kami.....ya hospital Shah Alam yang meninggalkan aku sejuta kenangan pahit dan kenangan yang aku ingin lupa buat selama lamanya!!!

Kisah kutubabi tak berhenti di situ wey, bersambung lagi keesokkan hari nya bila SK masih menjerit melolong dalam kesakitan yang aku tak dapat nak cerita. Dia punya menjerit dan melolong memang tak boleh bawak bincang langsung. Kami extend semalam lagi di Dorsett (Dorsett mesti ketawa keriangan dan kegembiraan ke tahap melompat katak) Kami pun tanpa bertangguh terus ke Columbia Asia. Jumpa seorang Dr Pakar EENT...malaih nak bagi review di sini, kerana tiada guna sesen pun. Yang dia bagi hanya oral antibiotik dan ubat titik telinga yang tiada penyelesaian. Kami balik ke Penang keesokkan nya kami melawat pulak hospital Pantai Bayan Baru dan disesahnya lagi seribu ringgit lebey....malas lah aku nak menyambung kisah kutubabi ni aku hanya mampu panjatkan doa semoga telinga CT cepat sembuh. 

Aktiviti kami bersambung lagi dengan aktiviti memanjat ke Penang Hill....
till next post.......................daaaaaaaaaaaa

Comments

Popular Posts